Posted by: petugasisma | Julai 31, 2009

Ringkasan Sirah Nabi (bahagian 3)

Dakwah secara terang-terangan

Allah memerintah Rasulullah saw mengwar-warkan dakwah kepada kaumnya melalui firmanNya yang bermaksud; “dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”. (Surah asy Syu’ara’; ayat 214). Dan “maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang musyrik”. (Surah al Hijr;ayat 94)

Bukit Sofa; Imam al Bukhari meriwayatkan; setelah turun dari surah asy syu’ara’ ayat 214 yang bermaksud “dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat”. Rasulullah saw segera ke bukit Sofa dan menyeru dengan katanya; “wahai bani Fihr, bani Auf, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan maka berkumpullah mereka semua, kalau yang tidak dapat keluar, mereka hantar wakilnya untuk mengikuti apa yang akan berlaku?” Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang ke situ. Rasulullah saw berkata; “Apa pandangan kamu sekelian jika aku katakan di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu percaya cakap ku itu?” Jawab mereka; “Ya! Kami percaya, sebab pengalaman kami bersama mu selama ini, engkau tidak sekalipun pernah berdusta terhadap kami”. Rasulullah saw pun meneruskan kata-katanya dengan berkata; “Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu sekelian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!” Abu Lahab menjawab; “binasalah kau diseluruh hari ini, apakah kerana ini maka kamu mengumpul kami semua.” Dengan itu turun ayat Allah yang bermaksud; “binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab”. Rasulullah saw pergi ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz berdakwah kepada kaumnya agar memeluk Islam. Abu Lahab akan mengekori dari belakangnya dan memberitahu kepada mereka; jangan kamu percaya dia! Dia seorang yang sudah keluar agama dan berdusta.

Pihak Qurais berusaha mencegah dakwah Rasulullah dengan berbagai cara seperti memperolok-olok, memperlekeh-lekeh, mempermain- mainkan, mendusta dan mempersendanya. Antaranya mereka mengatakan Muhammad ahli sihir, ahli nujum, dusta, gila dan sebagainya dengan tujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan semangat mereka.

Penyiksaan (tahun Keempat dari kebangkitan Rasulullah saw)

Setelah berbagai-bagai cara tohmahan gagal menyekat kelancaran dakwah Rasulullah saw, pihak Qurais bertindak menggunakan kekerasan dengan siksaan dan penindasan melalui ketua-ketua kabilah atau keluarga menyiksa kaum muslimin yang berada di bawah kekuasaan mereka.

Rasulullah saw sendiri menghadapi siksaan dari pembesar Quraisy seperti Abu Lahab, Abu Jahal, Uqbah bin Abi Mui’t, Umaiyah bin Khalaf dan selain dari mereka. Sebagai contoh Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah; Abu Jahal telah berkata; Muhammad boleh bersujud mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka Ya! Kata Abu Jahal; demi al Lata dan al Uzza sekali ini akan aku pijak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan dia masuk ke perkarangan Kaabah, dia terlihat Rasulullah saw sedang bersembahyang, ia terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa sujuh dan ini akan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba dia berpatah balik dengan mengangkat kedua-dua tangannya seperti menpertahankan dirinya, bila ditanya!kenapa wahai Abu Hakim? Jawab Abu Jahal; sebenarnya terhalang diantara aku dan Muhammad satu parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Jawab Rasulullah saw jika dia hampiri aku nescaya para Malaikat ini akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi.

Beberapa contoh penyiksaan yang dihadapi oleh golongan bangsawan Qurais yang memeluk Islam diantaranya;

  • Abu Bakar as Siddiq pernah dipukul dibahagian muka, pihak Qurais tidak berhenti memukulnya kecuali setelah mereka menyangka Abu Bakar telah mati.
  • Otman bin Affan dibalut dengan daun-daun kurma oleh bapa saudaranya kemudian di panaskan dengan api.
  • Mus’ab bin Umair dan Saad bin Abi Waqas, kedua-dua ibu mereka mogok lapar dengan harapan mereka kembali menjadi kufur dan syirik.

Beberapa contoh penyiksaan yang dihadapi oleh golongan mustad’affin dan hamba yang telah memeluk Islam diantaranya;

  • Bilal bin Rabah diseksa tuannya Umaiyah bin Khalaf
  • Keluarga Ammar bin Yasir oleh kaum Qurais sehingga ibunya mati syahid disula oleh Abu Jahal begitu juga ayah diseksa sampai syahid dan mereka terus menyiksa Ammar sehingga akhirnya beliau tidak tahan dengan siksaan, beliau menurut apa yang dikehendaki oleh kaum Qurais secara terpaksa barulah kaum Qurais berhenti dari menyiksanya.
  • Kaum Qurais menyiksa Suhaib bin Sinan sehingga tidak sedar diri
  • Kaum Qurais menyiksa Khabab bin al Art dengan besi panas yang diletak di atas kepala dan belakangnya.
  • Mereka menyiksa A’mir bin Fuhairah, Abu Fakihah.
  • Mereka menyiksan Zinnirah ar Rumiyah, Nahdiyah dan anaknya.

Tidak pernah disebut dalam sejarah bahawa sahabat-sahabat r.anhum yang ditindas dan diseksa dengan dahsyat ini menjadi murtad, bahkan mereka semakin berpegang teguh dengan agama Islam yang datang untuk menyelamatkan mereka kesusahan di dunia dan dari api neraka di akhirat kelak.

Hijrah pertama ke Habsyah

Penyiksaan bermula pada tahun ke empat Rasulullah diutus menjadi Rasul, ianya berterusan sehingga pertengahan tahun kelima kebangkitan Baginda sebagai Rasul, azab sengsara yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum semakin ganas dan menggila. Setelah turun ayat dari Surah az Zumar ayat 10 yang bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad! Wahai hamba-hamba Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu, ingatlah orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan yang sebenarnya di akhirat dan ingatlah bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas) Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”

Memang dalam pengetahuan Rasulullah saw di mana al Najasi raja Habsyah adalah seorang yang adil, tiada seorang dianiayai di sisinya, justetu itu Rasulullah saw memerintah kaum muslimin berhijrah ke Habsyah sebagai langkah menyelamatkan agama mereka dari fitnah yang sedang mereka hadapi.

Pada bulan Rejab tahun kelima kebangkitan Baginda, rombongan pertama para sahabat berangkat menuju ke Habsyah, seramai 12 lelaki dan 4 orang perempuan diketuai oleh Othman bin Affan termasuk isterinya Ruqiyah puteri Baginda saw. Sabdanya yang bermaksud ‘sesungguhnya mereka berdua adalah keluarga Rasulullah yang pertama berhijrah ke jalan Allah selepas hijrah Ibrahim dan Lut a.s’

Pada bulan Syawal tahun yang sama mereka kembali ke Mekah, setelah mereka mendengar berita orang Qurais memeluk Islam, apabila mereka hampir sampai Mekah, cerita tentang orang Qurais memeluk Islam adalah tidak benar, sebahagian mereka kembali ke Habsyah dan ada balik ke Mekah secara rahsia atau melalui jiwar (suaka)

Hijrah Kedua Ke Habsyah

Kemarahan kaum Qurais semakin memuncak, penderaan dan penyiksaan pun semakin menjadi-jadi terhadap kaum muslimin lebih-lebih mereka mendengar al Najasi memberi layanan yang baik terhadap sahabat Rasulullah yang berhijrah. Baginda saw tidak jalan lain kecuali memerintah sahabat-sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Rombongan kedua seramai 83 orang lelaki dan 12 orang perempuan diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib.

Pihak Qurais amat tidak berasa senang dengan keamanan dan kebebasan yang dikecapi oleh kaum muslimin yang berhijrah ke Habsyah. Lantaran itu mereka telah dua tokoh yang berani, tangkas dan pintar iaitu Amru bin al ‘As dan Abdullah bin Abi Rabiah untuk memujuk raja al Najasi dengan berbagai tipu helah supaya mengusir orang Islam keluar dari Habsyah. Berlaku dailog antara Jaafar bin Abi Talib dengan raja al Najasi ,akhirnya al Najasi bersetuju dengan Jaafar bin Abi Talib dan menolak permintaan Amru bin al ‘As. Al Najasi terus memberi perlindungan kaum muslimin sehingga mereka pulang ke Madinah pada tahun ke 7 hijrah. Bahkan al Najasi sendiri memeluk Islam secara rahsia.

Qurais mengugut Abu Talib

Wahai Abu Talib ! kau mempunyai kedudukan dan martabat di sisi kami, sebelum ini kami meminta tuan melarang usaha-asaha anak saudara tuan, namun tuan tidak melarangnya kami boleh lagi bersabar dengan tindakan anak saudara tuan mencaci nenek moyang kami, memperkecilkan pemikiran kami, mempersendakan tuhan-tuhan kami, kau mesti jahanamkannya atau biar kau dan anak saudara kau bertarung dengan kami, hingga binasa salah satu pihak

Abu Talib terasa berat dengan ugutan tersebut lalu memberitahu Baginda. Rasulullah saw berkata; Wahai bapa saudaraku! Sekiranya mereka sanggup meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, supaya aku tinggalkan urusan ini, tak akan ku tinggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau aku musnah kerananya, lalu Baginda pun pergi.

Abu Talib memanggil Baginda dan berkata Wahai anak ku! Ayuh serukanlah sekehendakmu, demi Allah aku tidak akan menyerahkan kau kepada sesuatu apa pun.

Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar bin al Khatab memeluk Islam.

Di saat suasana diselubungi mendung penindasan dan kezaliman dengan izin Allah untuk menguatkan syaukah umat Islam,pada akhir tahun ke 6 kebangkitan Rasulullah, bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib memeluk Islam, sebab selepas beliau balik dari berburu dan mendengar cerita seorang hamba perempuan Abdullah bin Jad’an yang melihat Rasulullah dimaki dan dicerca dan dipukul sehingga berdarah oleh Abu Jahal, lalu beliau meluru pergi ke Kaabah mencari Abu Jahal dan bertempik wahai yang reput punggung! boleh kau memaki anak saudaraku sedang aku ini di dalam agamanya, terus beliau menghentak kepala Abu Jahal dengan batang panahnya hingga luka dan berdarah.

Selepas tiga hari Hamzah memeluk Islam Umar bin al Khatab pula memeluk Islam.Pada asal tujuan Umar keluar dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah saw sampai di pertengahan jalan beliau bertemu dengan Naim bin Abdullah al Nahlam al ‘Adawi ; wahai Umar ke mana kau nak tuju? Jawab beliau; aku nak bunuh Muhammad. Kata Naim;bagaimana kau boleh selamat dari bani Hasyim dan bani Zuhrah jika kau telah bunuh Muhammad. Jawab Umar kau telah keluar dari agama yang kau warisi.Kata Naim; aku tunjukkan kau yang lebih pelik dari itu, adik dan ipar telah keluar meninggal agama lama. Tanpa berlengah lagi Umar terus ke rumah adiknya,suami dan isteri sedang belajar al Quran dengan Khabab bi al Art. Khabab teru bersembunyi bila dengar kedatangan Umar.Sebaik saja Umar masuk ke rumah apa yang kamu berdua sedang baca? Jawab Fatimah kami berbual biasa.Kata Umar; boleh jadi kamu berdua telah keluar agama.Jawab adik iparnya; Apa pandangan kau jika kebenaran itu bukan pada agama kau?Tanpa berlengah Omar menerkam membelasah adik iparnya sepenuh tenaganya lalu adiknya segera menolak Omar dari memukul suaminya. Omar terus menampar adik sehingga berdarah mukanya. Omar berasa menyesal dengan tindakannya, berikan lembaran yang kamu baca supaya aku dapat menatapnya.Jawab adiknya; kau kotor ayat ini bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang bersih, ayuh pergi bersuci lalu Omar bangun pergi bersuci kemudian dia mengambil lembaran dan membaca dengan bismillah surah Taha dari ayat 1-14.

Beliau berkata; betapa indah dan eloknya ayat, ayuh tunjukkan aku di mana Muhammad?

Terdengar kata Omar; Khabab keluar dan berkata nah Omar terimalah berita yang mengembirakan ini, ku harapkan doa Rasulullah itu di malam Khamis lau, kau yang menjadi orangnya.Imam at Tarmizi meriwayat hadis dari Ibnu Umar dan Imam at Tabroni meriwayat hadis dari Ibnu Mas’ud dan Anas bahawa maksud sabda Rasullah saw; Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkuatlah Islam dengan salah seorang dari tokoh yang tersayang padamu; dengan Umar bin al Khatab atau Abu Jahal bin Hisyam, dan orang yang tersayang itu adalah Umar bin al Khatab’.

Omar terkenal dengan sikap yang tegas, tiada siapa yang mempertikainya. Keislaman Omar merupakan musibah dan pukulan yang hebat ke atas kafir musyrikin, di sebaliknya kepada kaum muslimin ia memberi kekuatan, kebangkitan dan kemulian.

Ibnu Ishak meriwayat dengan sanadnya dari Omar r.a dengan katanya; semasa aku memeluk Islam aku teringat siapakah yang kuat memusuhi Rasulullah, ku berkata dalam hati Abu Jahal, dengan itu aku pergi ke rumahnya, setelah aku ketuk pintu, beliau keluar berkata; se;amat datang, apa hal yang membawa kau kemari? Jawab Omar; ku datang untuk memberitahu yang aku ini telah pun beriman dengan Allah dan perseruhNya Muhammad saw dan aku percaya dengan apa yang dibawanya. Serta merta Abu Jahal menutup pintu di hadapanku, sambil berkata; tuhan celakakan engkau dan celakakan berita yang kau bawakan itu.

Mujahid meriwayatkan dari Ibnu Abbas dengan katanya; aku bertanya wahai Omar! Kenapa kau digelar al Faruq?Jawab Omar; Hamzah memeluk Islam 3hari lebih dahulu dari ku, kemudian beliau menceritakan kisah keislamannya, di akhirnya beliau menyebut ketika ku mengucap dua kalimah syahadah ku berkata Wahai Rasulullah saw! Tidakkah kita di atas kebenaran, sama ada kita mati atau hidup. Jawab Rasulullah saw; Ya! Memanglah demikian.Demi jiwaku ditanganNya sesungguhnya kamu sekelian di atas kebenaran, sama ada kamu mati atau hidup. Ku berkata; oleh itu apa perlu bersembunyi di sini? Demi Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran kita mesti keluar dari sini, kami semua membawa Baginda keluar, kami bersusun dalam dua saf. Hamzah dalam satu saf dan aku pula dalam satu saf yang lain, berjalan serentak bak rentak kisaran yang bergegar, hinggalah kami masuk ke dalam masjid, pihak Qurais sedang memerhatikan dengan tajam ke arah aku dan Hamzah, mereka semua diselubungi dukacita dan keresahan yang tidak berkesudahan pada hari itu, kerana itu Rasulullah saw mengelarkan aku dengan al Faruq

Ibnu Mas’ud menceritakan dengan katanya; sebelum ini tidak pernah kami bersembahyang di Kaabah kecuali setelah Omar memeluk Islam.

Suhaib bin Sinan ar Rumi menceritakan dengan katanya; setelah Omar memeluk Islam, agama Islam mula memancar, seruan kepada Islam secara terang-terangan, dan kami duduk dikeliling Kaabah dalam halaqah-halaqah, bertawaf, kami mengadili orang yang menindas kami dahulu, malah kami dapat membalas balik penganiayaan mereka terhadap kami.

Tawaran dan rundingan

Selepas Hamzah dan Omar memeluk Islam, pihak Qurais telah menukar strategi untuk berhadapan dengan Rasulullah saw berlaku proses tawar menawar dan rundingan, demi menyekat dakwah Rasulullah saw, diantaranya tawaran menjadi raja, ketua semuanya gagal. Sekali lagi mereka meminta Abu Talib supaya tidak memberi suaka kepada Muhammad, juga gagal. Bahkan Abu Talib berjaya mendapat kata sepakat dari Bani al Muttalib dan Bani Hasyim, muslim dan kafir untuk memberi perlindungan dan pertahanan kepada Muhammad. Ini menyebabkan musyrikin Qurais kebingungan, akhirnya mereka sepakat menggunakan strategi baru yang belum pernah digunakan oleh orang Arab iaitu ‘pemboikotan’

Pemboikotan Ramai

Pihak Quraisy bersetuju untuk memboikot dan mengepung Muhammad dan sesiapa saja orang Islam yang bersamanya dan semua dari Bani al Muttalib dan Bani Hasyim sama ada muslim atau kafir yang memberi suaka kepada Baginda, kecuali Abu Lahab yang bersama Qurais. Pihak Qurais telah bersumpah setia untuk memusuhi Muhammad, Bani al Muttalib dan Bani Hasyim, perjanjian mereka ditulis dalam satu watikah dan digantung di Kaabah, antara isu kandungannya;

  • Tidak berjual beli dengan mereka
  • Tidak boleh berkahwin dengan mereka
  • Tidak menziarahi, bermesyuarat,berkomunikasi dan bergaul dengan mereka
  • Tidak menerima sebarang perdamaian atau berkasihan belas selama mana Bani Hasyim dan Bani al Muttalib memberi suaka kepada Muhammad kecuali apabila mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh.

Boikot ini berterusan selama tiga tahun bermula bulan Muharram tahun ke 7 sehingga bulan Muharram tahun ke 10 selepas Baginda saw diutus menjadi Rasul.

Dugaan ke atas mereka terlalu berat.Dalam hadis sahih menceritakan mereka bertungkus lumus menghadapi suasana ini, sehingga mereka terpaksa makan daun-daun dan pucuk kayu.in Lima orang pemuda Qurais keluar melanggar perjanjian dan menamatkan boikot, mereka ialah Hisyam bin Amru bin al Harith, Zuhair bin Umaiyah, al Mut’am bin Adi, Abu al Bakhtari bin Hisyam dan Zam’ah bin al Aswad.

Tahun Kesedihan

Sedang muslimin bergembira dengan berakhirnya boikot, telah berlaku dua peristiwa sedih berlaku pada tahun yang sama. Kematian Abu Talib selepas 6 bulan tamat boikot pada bulan Rejab tahun ke 10 kebangkitan Rasul. Selang 50 hari pada bulan Ramadhan tahun yang sama, isterinya Khadijah pula kembali ke rahmatullah, yang menyebabkan Baginda begitu sedih dengan kehilangan kedua-dua orang tersebut. Kesedihan itu tidak menjadi penghalang kepada Baginda meneruskan usaha dakwahnya,bahkan beliau yakin dan thiqah dengan pertolongan Allah .

Perkahwinan Baginda saw dengan Saudah binti Zam’ah dan Aisyah

Pada bulan Syawal di tahun ke 10 kebangkitannya, Rasulullah berkahwin dengan Saudah binti Zam’ah. Beliau adalah wanita Islam yang terulung, berhijrah ke Hahsyah, suaminya al Sakran bin Amru telah memeluk Islam juga berhijrah ke Habsyah. Suami meninggal di Habsyah atau selepas pulang ke Mekah bersama isterinya,selepas idahnya Rasulullah meminang dan berkahwin dengannya, perkahwinan pertama selepas kematian Khadijah. Pada bulan yang sama Baginda berkahwin dengan Aisyah binti Abu Bakar as Siddiq, tetapi tidak bersama dengan Aisyah sehingga Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Perantauan Rasulullah saw ke Taif

Setelah Baginda saw menerima tentangan dan seksaan yang pahit dari kaum Quraisy. Baginda telah berusaha keluar dari Mekah menuju ke Taif untuk mencari tempat baru, untuk dijadikan markaz dan sokongan kepada dakwah. Rasulullah saw keluar bersama khadamnya Zaid bin Harithah.

Ketika sampai di Taif Baginda telah menyatakan hasratnya kepada beberapa orang dari ketua-ketua puak Taif. Seruannya ditolak mentah-mentah, bahkan mereka bertindak dengan penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Akhirnya Baginda bangun mengundur diri sambil meminta mereka merahsiakan dari kaum Qurais, permintaan itu tidak diterima, sebaliknya mereka menghantar hamba abdi,khadam, anak-anak nakal kabilah Taif, mereka melontar Baginda dengan anak-anak batu sehingga luka kedua-dua belah kaki Baginda.Zaid bin Harithah melindungi Baginda dari serangan lontaran batu anak-anak nakal hingga luka dibeberapa bahagian kepalanya.

Baginda saw dan Zaid bin Harithah berundur sampai di dusun milik Atabah bin Rabi’ah, dan anak-anak nakal tadi tidak mengikuti Rasulullah. Di bawah pokok anggur Baginda berdoa’ yang bermaksud ‘Wahi Tuhanku Dikau sahajalah tempat ku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah. Dikaulah Tuhan ku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang berikan kuasa ke atas ku? Sekiranya tidak ada sebarang kemurkaan Mu ke atas ku maka aku tidak pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau yang lebih luas untuk ku. Aku berlindung dengan cahaya zat Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat.Aku berlindung dari kemarahan Mu ke atas ku dan kemurkaan Mu,Dikau sahaja yang menegur sepuasnya, dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja’.

Dua anak Atabah bin Rabi’ah merasa kasihan dan mereka menyuruh budak suruhan bernama Adas beri buah kepada Rasulullah. Semasa hendak makan buah anggur Baginda membaca ‘Bismilla’ Adas merasa hairan kerana ucapan tidak pernah didengar dari penduduk di sini. Baginda berkata; kamu berasal dari mana?Jawab Adas sebenarnya saya berugama nasrani dan berasal dari al Musil atau Ninawa.Jawab Baginda; kamu sekampung dengan seorang manusia yang soleh bernama Yunus bin Matta. Jawab Adas; bagaimana tuan kenal Yunus bin Matta. Jawab Baginda; ia saudaraku kerana ia Nabi dan aku pun Nabi.Tanpa membuang masa Adas terus memeluk dan mengucup kepala ,kedua kaki dan tangan Rasulullah saw.

Rasulullah saw masuk ke Mekah dengan mendapat suaka dari al Mat’am bin Adi.


Responses

  1. Saya suka membaca sejarah2 Islam.
    Bolehkah saya tahu sejarah sahabiyyah; Banafsha anak kepada Abdullah Al-Rumiyah & Abqurah.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: