Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Ogos 20, 2009

Ringkasan Sirah Rasulullah s.a.w bahagian 4

Rehlah Isra’ dan Mi’raj

Dalam suasana kesedihan yang menimpa kematian Abu Talib dan Khadijah r.anha serta cabaran dan dugaan rehlah ke Taif. Allah SWT telah mengurniakan kegembiraan, ketenangan dan keyakinan kepada Rasulullah saw dengan membawa Isra’ iaitu perjalanan bersejarah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan Mi’raj bertemu Allah SWT di langit tertinggi dalam perjalanan semalam.

Imam Bukhari dan Muslim pada malam bersejarah ini Rasulullah saw telah menunggang ‘buraq’, setelah sampai dan masuk ke dalam Masjid al Aqsa serta menunaikan sembahyang dua rakaat, Jibril a.s membawa dua biji gelas, satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Nabi saw memilih susu, lalu Jibril a.s pun berkata ‘Engkau telah memilih fitrah dan semulajadi’ selepas itu barulah Baginda saw naik ke langit pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dibawa ke ‘Sidratul Muntaha’ dan di situlah Allah menyampaikan kepada Nabi saw segala apa yang telag disampaikannya. Antaranya Allah telah meyampaikan kefardhuan solat lima waktu ke atas tiap tiap muslim lelaki dan perempuan dimana pada mulanya diwajibkan lima puluh rakaat.

Pada subuh hari Isra’ itu Jibril telah datang dan mengajar Nabi saw cara cara dan rukun rukun dan segala sesuatu mengenai fardhu solat dan waktu waktunya. Sebelum difardhu solat lima waktu, Rasulullah saw solat dua rakaat di waktu pagi dan petang mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Pada keesokan pagi Baginda menceritakan segala galanya dan apa yang ternampak oleh mata kepada umum.

Permulaan Islam kaum Ansar

Pada tahun kesebelas selepas kebangkitanNya seperti biasa Nabi saw memperkenalkan diriNya kepada qabilah qabilah luar. Ketika berada di Al Aqabah, Baginda saw sempat bertemu dengan enam orang dari puak al Kharaj.Baginda bertanya ‘siapakah kamu sekelian’. Mereka menjawab ‘Kami dari puak Kharaj’. Baginda berkata ‘jiran orang orang Yahudi’. Mereka menjawab ‘ya’. Baginda berkata ‘bolehkah duduk sebentar untuk ku bercakap sepatah dua’ tanpa membuang masa Nabi saw menyeru mereka ke jalan Allah dan menyeru kepada agama Islam dan membaca beberapa potong ayat al Quran.

Kehidupan mereka bersama sama orang Yahudi telah merintis jalan ke arah penerimaan Islam sebagai agama pegangan mereka. Seperti yang diketahui bahawa orang Yahudi ialah ahli kitab dab ahli ilmu pengetahuan. Bilaman berlaku persengketaan di antara qabilah Kharaj atau puak lain dengan Yahudi maka orang orang Yahudi mengugut dengan kata mereka ;sudah tiba masanya seorang Rasul akan diutus, dikala itu kami akan mengikut ajarannya dan bersama sama akan hapus kamu sekelian sepertimana terhapus dan fananya bangsa Ad dan Iram.

Setelah Baginda selesai memperkenalkan dirinya dan menyeru mereka kepada Islam, lalu mereka teringat kembali ugutan Yahudi. Seorang dari mereka berkata ‘kamu ingat kan! Inilah Nabi yang disebut oleh orang Yahudi dahulu, jangan beri peluang kepada Yahudi mendahului kamu’. Maka sekelian mereka pun menyahut seruan Rasulullah dengan berkata ‘kami tinggalkan kaum bangsa kami di Yathrib di dalam persengkitaan yang amat sangat. Moga moga dengan berkat tuan akan bertaut kembali kiambang yang bercerai. Sekembalinya kami nanti, kami akan kemukakan agama ini kepada mereka. Andaikata Tuhan menyatukan kembali kami ini maka tuan hambalah manusia teragung di dalam kami’. Merekapun bersurai dan berjanji untuk berjumpa lagi di tahun akan datang.

Perjanjian al Aqabah yang pertama

Sejak itulah Islam mula berkembang di Yathrib. Pada musim haji tahun kedua belas kebangkitannya, sepertimana yang dijanjikan sekumpulan orang Ansar seramai dua belas orang bertemu dengan Nabi saw di al Aqabah. Pertemuan ini dikenal dengan ‘al Aqabah al Ula’ atau ‘Aqabah Pertama’. Perjanjian pun dimentrikan dan terkenal dengan ‘bai’atun nisa’ atau perjanjian wanita kerana tidak disebut soal peperangan dan jihad. Di antara mereka ialah As’ad bin Zurarah, Rafia’ bin Malik, Ubadah bin as Somit dan Abu al Haitham bin al Tihan.

Ubadah as Somit menceritakan peristiwa ini ‘Rasulullah saw telah menyeru kami yang seramai dua belas orang ini dengan katanya ; ‘marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali kali mensyirikkan Allah, jangan mencuri, jangan berzina, jangan membunuh anak anak kamu dan janganlah kamu mendurhaka perintah ki ini kerana hendak melakukan kejahatan.Barang siapa menunaikan segala janji janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa dari Tuhan dan barang siapa melanggar garis garis tadi kemudian dibalas di dunia ini maka itu adalah dendanya, dan barang siapa melanggar perjanjian tadi Tuhan melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak Tuhan hendak membalas atas pelanggaran itu maka itulah balasanNya dan kalau kehendak Tuhan mengampuninya kamu itu terserahlah pada Allah’. Ubadah bin as Somit berkata ‘kami sekelian pun berikrar akan patuh’

Ketika kami hendak pulang ke Yathrib, Rasulullah saw mengutuskan bersama sama kami Mus’ab bin Umair untuk mengajar mereka membaca al Quran dan segala sesuatu mengenai Islam dan mematangkan mereka soal agama.Beliau terkenal dengan’muqri al Madinah’ pembaca al Madinah.

Perjanjian al Aqabah yang Kedua

Musim haji tahun berikutnya, Mus’ab bin Umair pun pulang ke Mekah bersama seramai tujuh puluh tiga orang lelaki dan dua orang perempuan dan bersama kaum keluarga mereka yang musyirikin untuk menunaikan haji.

Menurut apa yang diceritakan oleh Muhammad bin Ishak yang diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik, katanya ‘Kami telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di al Aqabah pada Hari Tasyrik. Selesaikan kami mengerjakan haji dan tepat pada malam yang telah kami berjanji itu, kami pun tidur bersama sama keluarga dan barang barang kami.Bila sampai sepertiga malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu Baginda saw. Kami keluar perlahan lahan bersembunyi seperti kucing hendak menangkap burung, sehingga jumlah kami tujuh puluh tiga orang lelaki dan dua orang perempuan, iaitu Nusaibah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru bin Adi.

Baginda saw pun tiba dengan diirngi oleh bapa saudaranya al Abbas bin Abdul Mutalib. Mereka pun berkata ;Ambillah dari kami apa saja yang tuan hamba dan Tuhan mahu dari kami’. Kemudian Baginda berucap disamping membaca beberapa ayat al Quran sambil menyeru ke jalan Allah dan menganjak mereka kepada agama Islam. Di akhirnya Nabi saw menyatakan hasrat Baginda dengan katanya “Saya berjanji dengan kamu supaya kamu sanggup mempertahankan diriku seperti mana kamu mempertahankan anak isteri kamu”

Al Bara’ bin Ma’rur memegang tangan Rasulullah saw dan berikrar; Ya! Demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, kami berjanji dan berikrar akan membela diri kamu seperti mana kami mempertahankan diri sendiri, berjanjilah dan percayalah kami wahai Rasulullah, demi Tuhan, kami semua adalah juara peperangan dan persenjataan, keistimewaan ini kami warisi sejak turun temurun dari datuk nenek kami yang ulung’.

Abu al Haitham bin Al Tihan menyampuk ‘Wahai Rasulullah saw! Sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi termetri satu perikatan dan kami akan putuskan perikatan tadi, andaikata Tuhan telah menolong tuan hamba mendapat kemenangan yang membolehkan tuan hamba pulang ke pangkuan keluarga dan kaum sendiri, apakah rela tuan hamba berbuat demikian meninggal kami?

Baginda saw tersenyum sambil berkata “Tidakkah kita sedarah sedaging, kalau runtuh sama sama runtuh, aku ini kamu dan kamu itu aku, akan ku perangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang kamu damaikan”

Rasulullah saw terus berkata “Pilihlah dua belas orang di antara kamu sebagai Naqib untuk kaumnya. Merekalah pun pilihlah dua belas orang Naqib, sembilan orang dari Kharaj dan tiga orang Aus. Selepas pemilihan, Baginda saw pun berpesan kepada naqib yang dipilih “Kamu bertanggungjawab mengawas kaum kamu sebagaimana pengikut Isa a.s, dan aku ini pengawas kaum ku”

Al Bara’ bin Ma’rur orang yang pertama berjabat tangan dengan Rasulullah saw tanda bersetuju, kemudian barulah diikuti sahabat yang lain. Selesai semua sahabat berbai’ah dengan Rasulullah saw, Baginda saw berkata “sekarang ini bolehlah kamu bersurai balik ke tempat masing masing”

Al Abbas bin Ubadah bin Naflah berkata ‘Demi Allah yang mengutus engkau dengan sebenarnya, sekiranya tuan hamba setuju besok saya akan selesai keluarga saya dengan pedang pedang kami’ Rasulullah saw menjawab”kita tidak disuruh bertindak demikian, dan bersurailah ke tempat masing masing”

Kami pun balik ke tempat tidur masing masing, kami tidur sampai ke pagi hari. Setelah pagi cerah kaum Qurais datang ke tempat kami, mereka melaung ‘Wahai sekelian kaum Kharaj! Sesungguhnya satu berita panas telah sampai kepengetahuan kami, di mana kamu merancang hendak membawa keluar saudara kami dari sini, dan kami telah dengar juga kamu telah berjanji dengannya untuk memerangi kami, demi Tuhan sesungguhnya peperangan yang paling benci bagi kami ialah peperangan dengan kamu sekelian”.

Keluarga kami yang musyrik dan kafir bangun menyumpah-nyumpah dengan berkata ‘sedikit pun kami tak tahu…’ Perkara ini memang benar tetapi mereka tidak tahu, Ka’ab bin Malik menyambung ceritanya ‘kami saling memerhati di antara satu lain’

Setelah semua orang pulang dari Mina. Maka kaum musyrikin pun membuat siasatan lanjut dan mendapati berita itu benar seperti yang dihebohkan. Mereka pun segera keluar mencari kami dan bertemu dengan Saad bin Ubadah bersama Munzir dan Amru mereka ini adalah naqib di Azakhur berhampiran Mekah. Munzir dan Amru dapat melepaskan diri, manakala Sa’ad bin Ubadah ditangkap diikat kedua dua tangannya serta diheret oleh kuda hingga sampai ke Mekah.

Sa’ad sendiri telah menceritakannya ‘Allah sahaja yang mengetahui semasa aku ditawan oleh mereka, semasa aku di seret tiba tiba seorang dari mereka berkata; kamu di sini di bawah perlindung siapa? Sa’ad menjawab Ya! Ya aku di sini di bawah perlindungan Jabir bin Mut’am dan Al Harith bin Umaiyah, seperti perlindungan ku kepada mereka bila mereka berada dalam negeriku. Orang itu berkata kalau begitu laung dan pekikan nama mereka. Akupun melaungkan nama mereka.Akhirnya mereka pun sampai di mana mereka membebaskan aku dari tangan dan keganasan mereka’.

Ibnu Hisyam menceritakan dari Ubadah bin As Somit ‘kami telah berbai’ah di bai’atul Aqabah yang kedua atau dikenali Bai’ah al Harb akan taat setia di masa kesusahan mahu pun di masa senang, di masa genting mahu pun di masa tenang, berjanji tidak akan bercakap benar di mana mana saja berada dan berjanji tidak akan takut sesuatu kerana Allah. Lalu turun firman Allah memberi kebenaran kepada Rasulullah saw berperang dan berjihad dalam surah al Hajj;ayat 39-40.


Responses

  1. assalamua’laikum ustz..
    sy mmg meminati sirah Rasulullah saw..blh x ustz tulis mgenai peristiwa sms baginda hendak wafat,khutbah terakhir baginda..wassalam

    • Wa alaikum salam
      Insya allah …saya akan cuba siapkan ringkasan sirah nabi saw,sehingga peristiawa kewafatan baginda saw dan khutbah terakhirnya.mudah2an Allah menambahkan kecintaan pada Nabi saw melalui penghayatan sirah baginda saw.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: