Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Februari 4, 2010

Tafsir Surah al Kahfi ayat – 24

Secara mendadak dan mengejut mereka bangun dengan cergas.Justeru itu marilah kita lihat dan mendengar mereka bercakap:-

Firman Allah SWT

“dan demikianlah Kami telah membangkitkan mereka kembali supaya mereka bertanya-tanya sesama mereka.Ujar salah seorang dari mereka;berapa lama kamu telah tidur? Jawab mereka ;Kita telah tidur sehari atau setengah hari.Ujar mereka; Allah Tuhan kamu sahaja yang lebih mengetahui berapa lama kamu telah tidur.Hantarlah seorang dari kamu ke bandar membawa wang perak kamu ini dan hendaklah dia carikan apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezaki darinya, tetapi hendaklah dia berhati-hati dan janganlah sekali-kali dia melakukan sesuatu yang boleh menyedarkan sesiapa terhadap rahsia kamu” ayat19

“kerana jika mereka mengetahui rahsia kamu tentulah mereka akan merejamkan kamu sampai mati atau mereka memaksa kamu kembali kepada agama mereka.dan kamu tidak akan mendapat kejayaan untuk selama-lamanya” ayat 20

Ayat ini menggunakan penjelasan secara mengejut dan mendadak dalam membentangkan kisah ini. Oleh itu  ayat ini menayangkan pemandangan, yang menunjukkan bagaimana pemuda-pemuda itu secara mengejut dan mendadak bangkit dari  tidur, sedangkan mereka tidak mengetahui berapa lama mereka telah tidur sejak mereka merasa mengantuk dahulu. Mereka menggosok-gosok mata mereka dan berpaling memandang satu sama lain sambil tertanya-tanya berapa lama kamu tidur? Itu adalah pertanyaan yang biasa dari orang-orang  yang terjaga dari tidur  lama.Tentulah mereka merasa kesan-kesan tidur mereka yang lama itu.

“Jawab mereka; Kita telah tidur sehari atau setengah hari” ayat 19

Kemudian mereka berfikr  lebih baik mengenepikan sahaja persoalan yang tidak ber faedah dibicarakan dengan panjang lebar, dan  menyerahkan sahaja perkara itu kepada Allah SWT. Memang menjadi kebiasaan orang yang beriman, mereka lebih  memikirkan perkara yang amali yang sedang mereka hadapi  iaitu lapar dan mepunyai  duit-duit perak untuk membeli makanan di bandar  dari memikirkan perkara yang mereka tidak ketahui.

“Ujar mereka; Allah Tuhan kamu sahaja yang lebih mengetahui berapa lama kamu telah tidur.Hantarlah seorang dari kamu ke bandar membawa wang perak kamu ini dan hendaklah dia carikan apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezaki darinya” ayat 19

Yang bermaksud maka hendaklah dia memilih makanan yang terbaik di bandar dan bawakan kepada kami sedikit.

Mereka takut rahsia mereka terbongkar dan tempat persembunyian mereka diketahui orang. Akibatnya mereka akan ditangkap oleh pihak berkuasa di bandar itu dan  dihukum bunuh dengan rejam kerana kesalahan menyembah Allah SWT dalam negeri yang menpersekutukan Allah. Atau mereka akan ditindas dengan azab siksaan supaya mereka meninggalkan aqidah. Inilah perkara yang amat mereka takuti. Oleh sebab itu mereka memberi peringatan kepada wakil mereka yang pergi ke bandar supaya berhati-hati.

“tetapi hendaklah dia berhati-hati dan janganlah sekali-kali dia melakukan sesuatu yang boleh menyedarkan sesiapa terhadap rahsia kamu” ayat 19

“kerana jika mereka mengetahui rahsia kamu tentulah mereka akan merejamkan kamu sampai mati atau mereka memaksa kamu kembali kepada agama mereka.dan kamu tidak akan mendapat kejayaan untuk selama-lamanya” ayat20

Maksudnya sesiapa yang murtad dari iman kepada syirik, maka dia tidak akan mendapat kejayaan dan itulah adalah kerugian yang amat besar.

Begitulah kita melihat bagaimana pemuda-pemuda itu berbincang secara rahsia sesama mereka dengan begitu berhati-hati dan takut. Mereka tidak sedar bertahun-tahun telah berlalu dan roda zaman telah sekian lama berputar. Mereka tidak tidak sedar generasi mereka telah lama berlalu, dan negeri mereka juga telah berubah. Begitu juga pemerintah  zalim yang mereka takuti dan mengancam aqidah dan keselamatan mereka telah hancur. Mereka tidak sedar kisah mereka sebagai anak-anak muda yang lari menyelamatkan aqidah dari pemerintah zalim telahg menjadi cerita-cerita turun temerun dengan berbagai-bagai pendapat yang bercanggah dengan hakikat mereka, mengenai agama dan berapa lama masa telah berlalu sejak mereka melarikan diri.

Di sini tirai dilabuhkan menuntup pemandangan mereka yang sedang berada di dalam gua kemudian disingkapkan kembali untuk menunjukkan satu episod baru.Diantara dua episod ini dibiarkan ruang kosong dalam penerangan al Quran.

Kita memahami bahawa penduduk negeri ini, sekarang telah beriman.Mereka amat menghormati dan memuliakan anak-anak muda yang beriman itu setelah rahsia mereka terbongkar.Apabila salah seorang dari mereka keluar membeli makanan.Dia dapat dikenali orang ramai sebagai salah seorang dari anak muda yang telah melarikan diri untuk me nyelamatkan agama mereka di zaman dahulu.

Di sini dapatlah kita bayangkan betapa terperanjatnya pemuda-pemuda itu, setelah mereka diberitahu dan diyakinkan oleh rakan mereka bahawa negeri itu telah berlalu  dan dunia sekelilingnya telah berubah.Bahkan segala-galanya telah berubah; apa yang kita  tidak disukai dan apa yang kita ketahui semuanya telah berubah dan tiada lagi. Mereka adalah generasi lama yang telah dilllui beberapa abad. Mereka adalah kumpulan manusia yang aneh pada pandangan dan perasaan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai tidak dapat melayani mereka seperti kumpulan manusia biasa. Segala perhubungan kaum kerabat, muamalah, perasaan dan adat resam yang menghubungi mereka dengan generasi mereka telah pun terputus. Mereka  lebih menyerupai  kenangan yang masih hidup, dari realiti kehidupan yang sebenar.Oleh itu dengan rahmat Allah mewafatkan mereka kerana kasihan kepada mereka menghadapi realiti yang pahit.Semua ini dapat kita gambarkan sendiri.

Ayat berikutnya menceritakan episod akhir iaitu episod kematian mereka, sedangkan orang  ramai yang berada di luar gua itu masih berbalah mengenai kedudukan mereka. Apakah agama yang mereka anuti? Bagaimana  seharusnya  mereka mengabadikan kenangan geerasi-generasi yang akan datang. Begitu juga dalam ayat berikutndisebut secara langsung pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa  yang ajaib itu.

“dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai agar mereka mengetahui bahawa janji Allah itu benar dan kedatangan hari Kiamat  tidak ada sebarangkeraguan. Ketika itu orang ramai itu berbalah sesama mereka tentang apakah yang harus dibuat terhadap pemuda-pemuda itu.lalau mereka berkata;dirikanlah sebuah bangunan di atas mereka.Tuhan mereka lebih mengetahui tentang hakikat mereka.Orang-orang berkuasa atas urusan mereka berkata; sesungguhnya kami akan membina sebuah masjid di atas mereka” ayat 21

Sebahagian orang ramai berpendapat “dirikan sebuah bangunan di atas mereka”  iaitu sebuah bangunan yang tidak menentukan agama mereka.

“Tuhan  mereka lebih mengetahui tentang hakikat mereka” bermaksud tentang agama yang di anuti mereka.

Sementera pihak yang berkuasa pada masa itu pula berpendapat “Kami akan membina sebuah masjid di atas mereka” yang bermaksud dengan masjid di sini ialah tempat ibadat mengikut adat orang-orang Yahudi dan Kristian yang mendirikan rumah-rumah ibadat di atas kubur para nabi-nabi dan wali-wali, juga sebagaimana yang dilakukan oleh setengah-tengah orang Islam yang mengikut contoh teladan ahli Kitab dengan melanggar petunjuk Rasulullah saw yang telah bersabda ‘Allah telah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasara yang telah membangunkan masjid-masjid di atas kubur-kubur nabi-nabi dan orang-orang solih dikalangan mereka’

Kemudian tirai dilabuhkan menutup episod ini, setelah itu disingkapkan kembali untuk mendengar perdebatan  mengenai penghuni-penghuni gua itu mengikut kebiasaan orang-orang yang memindahkan cerita-cerita dan berita-berita dengan menambah dan mengurang, mereka menambah dengan khayalan-khayalan mereka kepada cerita-cerita itu dari generasi ke generasi sehingga cerita asalnya berubah, berbagai-bagai penndapat yang telah diberikan mengenai suatu cerita atau peristiwa yang sama setelah masa bersilih ganti.

“Mereka satu golongan ahli Kitab akan  berkata bahawa jumlah mereka tiga orang dan yang keempat ialah anjing mereka. Satu golongan pula berkata jumlah mereka lima orang dan yang keenam ialah anjing mereka, semuanya meneka-neka perkara ghaib. Segolongan yang lain berkata jumlah mereka tujuh orang dan yang kelapan ialah anjing mereka.Katakanlah; Tuhan lebih mengetahui tentang bilangan mereka yang benar dan tidak orang yang mengetahui bilangan mereka kecuali hanya segelintir sahaja, kerana itu janganlah kamu(Muhammad) berdebat tentang hal mereka, kecuali pendebatan yang zahir sahaja dan janganlah kamu tanyakan seseorang pun dari mereka mengenai penghuni-penghuni gua itu” ayat 22

Perdebatan mengenai bilangan pemuda-pemuda itu tidak memberi apa-apa faedah. Sama saja samada bilangan mereka tiga atau empat atau tujuh orang atau lebih ramai lagi.Bilangan mereka yang sebenar  dan hakikat mereka yang sebenar  berada dalam ilmu Allah  dan di dalam pengetahuan segelintir manusia yang meneliti sesuatu peristiwa semasa berlakunya atau mempastikannya dari riwayatnya yang sahih.Pengajaran kisah ini tercapai sama ada bilangan mereka sedikit atau ramai.

Oleh itu al Quran mengarah Rasulullah saw meninggalkan perdebatan mengenai perkara ini dan supaya jangan bertanya kepada sesiapa pun dari para pendebat itu mengenai keduduka n mereka. Arahan ini bertepatan dengan manhaj Islam yang memelihara daya tenaga akal dari dibuang percuma pada perkara-perkara yang tidak berfaedah, juga supaya tidak mengikut sesuatu yang tidak diketahui dengan penuh keyakinan. Kisah ashabul Kahfi  termasuk dalam perkara-perkara ghaib terserahlah pada ilmu Allah. Oleh itu hendaklah beliau tinggalkan sahaja perkara ini kepada ilmu Allah SWT.

Sesuai dengan larangan berdebat mengenai perkara-perkara ghaib yang silam, maka  ayat berikut mengharamkan perbuatan menentu perkara ghasib di masa depan atau yang akan berlaku di masa akan datang kerana manusia tidak mengetahui perkara-perkara yang mendatang dan sudah tentu dia tidak dapat menentukannya dengan pasti

“dan janganlah  kamu berkata mengenai sesuatu; sesungguhnya aku akan mengerjakannya besok pagi” ayat 23

“kecuali dengan menyebut ‘ Insya Allah’ dan ingatlah pada Tuhan bila kamu telupa dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk kepada  yang lebih dekat kebenarannya dari ini” ayat 24

Setiap pergerakan dan setiap yang diam, malah setiap nafas dari nafas-nafas yang hidup adalah bergantung pada iradat Allah. Tabir ghaib yang dilabuhkan adalah melindungi segala sesuatu di sebalik detik yang wujud sekarang ini. Pandangan  mata manusia tidak dapat menjangkau apa yang disebalik tabir, ia tetap lemah sekali pun berilmu. Oleh itu janganlah berkata ‘Aku tetap akan melaksanakannya besok’ kerana hari esok adalah urusan ghaib Allah dan tabir urusan ghaib Allah melindungi akibat sesuatu perkara.

Arahan ini bukanlah bertujuan supaya  seseorang itu berdiam diri tanpa  berfikir dan merancang masa depannya. Dia hidup atas sehari demi sehari atau sesaat demi sesaat atau tiada hubungan masa hidup silamnya dengan masa hidupnya sekarang dan masa hidupnya yang mendatang. Bukan begitu maksudnya, tujuan sebenar ialah supaya dia membuat perhitungan kepada perkara ghaib dan mengambil kira iradat yang mentadbirnya.dan juga supaya dia berpegang kukuh dengan keputusan dan memohon pertolongan Allah untuk menjayakan keazamannya serta menyedari kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Bukanlah mustahil perancangan Allah berlainan dengan perancangannya. Sekiranya berjaya mencapai apa yang dikehendakinya hendaklah ia bersyukur kepada Allah dan sekiranya  tidak mencapai apa yang dikehendakinya maka janganlah bersedih dan putus asa kerana semua urusan bi bawah kuasa Allah awal dan akhir.

Seseorang itu harus berfikir dan merancang, tetapi dia harus sedar bahawa dia hanya boleh berfikir dan merancang dengan betul dengan  pertolongan dan taufiq dari Allah. Sikap ini tidak akan membawa seseorang menjadi malas, lemah dan  berlengah-lengah, sebaliknya ia menambahkan keyakinan, kekuatan, ketenangan dan keazaman yang kuat. Sekiranya apabila terdedah tabir ghaib yang menunjukkan bahawa tadbir Allah berlainan dari perancangannya, hendaklah dia mnerimanya keputusan Allah itu dengan penuh keredhaan,ketenangan dan penyerahan diri kerana itulah keputusan asal yang tidak diketahui olehnya dan sekarang baru disingkap tabirnya.

Inilah manhaj Islam yang menguasai hati seorang muslim, justeru itu dia tidak merasa keseorangan dan kesepian apabila dia berfikir dan merancang, tidak merasa angkuh dan  sombaong apabila ia berjaya dan tidak berputus asa apabila gagal. Malah dia tetap berhubung dengan Allah dalam segala keadaan, tetap bergantung kepadaNya, bersyukur dengan taufiqNya dan tetap meneriman qadha dan qadarNya tanpa angkuh dan putus asa.

“dan ingatlah Tuhanmu jika kamu terlupa”ayat 24 yang bermaksud apabila engkau lupa kepada arahan dan pedeman ini maka hendaklah kamu ingat kepada Allah dan kembali kepadanya.

“dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk  kepada  yang lebih dekat kebenarannya dari ini” ayat 24 yang bermaksud ke jalan lebih dekat yang sentiasa menghubungkan hatinya dengan Allah dalam segala pekerjaan yang hendak dilakukannya dan segala jalan yang hendak ditujukannya.

Perkataan ‘a’saa’( semoga) dan perkataan ‘li akraba’ ( lebih dekat) digunakan di sini untuk menunjukkan betapa tingginya makam ini dan betapa perlunyq sesorang itu berusaha secara berterusan untuk mencapaikannya dalam semua keadaan.

Wallahu ‘alam


Respon

  1. asalamualaikum..izinkan saya copy article ni ustaz..terima kasih

  2. Wa alaikum salam wbt
    tafadhal, dan sebarkan

  3. assalammualaikum ustaz..
    sy ingin memhami apa y d terangkn ttg surah alkahfi..klu bley sy mahu mendalaminy,,kemgkinn besa ia merupakn perjlnan idup sy akn tetapi sy msh xmemhaminy…bntu sy ustaz..

    • Wa alaikum salam wbt
      Harap ketika membaca tulisan saya, sila rujuk al Quran terjemahan dan buku tafsir oleh Ust Sonhaji dan Fi Zilal al Quran supaya dapat bantu memahami pensfsiran surah al Kahfi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: