Posted by: petugasisma | Jun 2, 2008

Keperibadian Eksekutif (Tanfiziah) bah. 2

  1. Harapan ‘ubudiyah yang diasaskan takut dan cinta

Sesungguhnya semua urusan kita berlegar pada paksi ‘ubudiyah yang tulus kepada Allah Tuhan semesta alam, sebagaimana ketika Nabi SAW bertanya kepada Muaz, “Wahai Muaz bin Jabal!” Aku menjawab, “Labbaik wa Sa’daik, ya Rasulullah!” Beliau bertanya, “Apakah kamu tahu, apa hak Allah pada hamba hambanya?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Hak Allah pada hamba hamba Nya adalah agar mereka menyembah Nya dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Nya”.

Perhatikan harga dari ibadah ibadah ini ketika Nabi SAW menyempurnakan keterangannya dan bertanya, “Wahai Muaz bin Jabal!” Aku menjawab, “Labbaik wa Sa’daik ya Rasulullah!” Beliau bertanya, “Apakah kamu tahu apa hak para hamba pada Allah?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Hak para hamba pada Allah adalah Allah tidak menyiksa mereka” [Sahih Bukhari]

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Mei 22, 2008

Keperibadian Eksekutif (Tanfidziah) bahagian 1

Seorang penyair di zaman Abbasiah menggambarkan kebebasan, sehingga ia menarik perhatian saya dalam menghayatinya seolah olah ia menggambarkan keperibadian seorang daie yang akan diberi tugas untuk melaksanakan harapan harapan dakwah. Ketika penyair itu menjelaskan kebebasan dengan gaya bahasa mempesona dan indah, ia berkata:

Betapa indah kebebasan yang luas dadanya
Tekadnya menyenangkan orang orang soleh
Islahnya, merangkuminya dengan kebahagiaan
Menaganinya dari bujukan hawa nafsu

Justeru itu dada yang lapang, penyucian batin, menentang hawa nafsu dan tidak tamak, semua itu adalah syarat syarat asasi untuk memperolehi kebebasan yang memungkinkan seseorang menguasai dan meminpin generasinya.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | April 22, 2008

Kisah Habil dan Qabil (bahagian 2)

Apalah jika dibandingkan menghadapi kesukaran hari-hari di dunia dengan hari-hari kebahagian di syurga. Inilah hal keadaan Adam dan Hawa, mereka berdua tetap terus berusaha, bekerja keras tidak ada sesiapa membantu atau menjadi penolong kerana hanya mereka berdua sahaja yang hidup di bumi luas

Allah SWT hendaklah menurunkan syariat atau agama dan pendidikan kepada Adam.

Adam berkata; “Hanya kami berdua sahaja di dunia, kepada siapakah syariat ditujukan dan kami kepada siapa akan diajar syariat?”

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Mac 3, 2008

Kisah Qabil dan Habil (bahagian 1)

Adam a.s telah mengingkari larangan Allah. Dia dan Hawa makan buah dari pohon khuld yang diharamkan Allah ketika berada di dalam syurga. Akibatnya kedua-duanya dicampak oleh Allah ke bumi.

Syaitan berasa amat gembira dan ketawa kepada Adam dan Hawa, selepas dia berjaya meragukan Adam dan Hawa sehingga mereka makan buah dari pohon khuld dan diusir oleh Allah dari syurga. Syaitan juga diusir dan dicampak ke bumi.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Februari 21, 2008

Sifat Zatiah (Kendiri)

Ia merupakan satu rangsangan yang kuat mendorong manusia menggunakan sepenuh kemampuan untuk melakukan kerja tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu. Malah ia sanggup menempuh segala rintangan dan ranjau demi mencapai objektif. Sifat zatiah mendorong daie melakukan tugas tersebut, sekali pun hanya sekadar dia merasai bahawa kerja itu dapat membantu perkembangan peribadinya dalam semua aspek. Dia akan melakukan kerja kerja itu tanpa ada taklif dan mutabaah bahkan sebaliknya mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Disember 26, 2007

Jenis Muhasabah

1. Muhasabah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
2. Muhasabah selepas melakukan sesuatu pekerjaan

a. Muhasabah sebelum melakukan pekerjaan, langkah pertama adalah ia berhenti di awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginan itu sehingga jelas dan clear meneruskan adalah lebih baik dari meninggalkannya.

Al Hasan berkata:

“Semoga Allah merahmati hamba hambanya yang berhenti di saat keinginan. Sekiranya kerana Allah ia laksanakan, jika selain dari Allah ia tinggalkan”

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Disember 17, 2007

Sifat Nafsu

  1. Nafsu muthma’innah

Firman Allah yang bermaksud “Hai nafsu muthma’innah, kembalilah kepada Allah dengan hati yang puas lagi diredhai” Al Fajr: 27-28

Pendapat ahli tafsir tentang ‘hai nafsu muthma’innah’:

Ibnu Abbas berkata; erti hai jiwa yang percaya

Qatadah berkata; ia adalah jiwa yang beriman, jiwa yang tenang dengan apa yang dijanjikan Allah

Al Hassan berkata; yang merasa tenang dengan apa yang difirmankan Allah dan percaya dengan firmanNya

Mujahid berkata; ia adalah jiwa yang kembali dan tunduk kepada Allah dan yakin bahawa Allah adalah Tuhannya, ia merasa tenang dengan perintahNya dan mentaatiNya serta yakin pasti berjumpa denganNya.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Disember 3, 2007

Kemahuan yang kuat (iradatul qawiyah)

Allah SWT tidak akan beri kemenangan kecuali kepada hamba hambaNya yang benar dan sabar, iaitu hamba yang memiliki kemahuan kuat dan keazaman benar, yang dapat mengalah nafsunya kerana taat kepada Allah dan Allah membantunya mengatasi yang lain. Firman Allah:

muhammd-7.png

maksudnya “Jika sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukkan kamu” (Muhammad:7). Kisah kisah di dalam Al Quran menjelaskan hakikat ini, supaya orang orang beriman menyedari dan memahami tuntutan untuk kemenangan adalah tinggi nilai maharnya, tetapi dalam sempadan kemampuan manusia.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 27, 2007

Qudwah kepada Remaja Islam

Alangkah besarnya peranan remaja dalam Islam, jika kita mengkaji sejarah Islam. Kebanyakkan gerakan perubahan yang berlaku dalam sejarah umat, sebahagian besarnya melalui peranan remaja, ianya berlaku bukan secara spontan, bahkan ia merupakan sunnah dan peristiwa yang berulang ulang.

Marilah kita sama sama merujuk kepada sejarah Islam..
Ketika wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw…
Siapakah yang menjadi sasaran wahyu…?
Siapakah yang menanggung bebanan risalah Islam..?
Siapakah yang memikul tanggung jawab risalah Islam dengan amanah…?
Siapakah yang menjadi sadaran Rasulullah saw dalam merubah sistem hidup di Mekah…bahkan dalam perubahan sistem hidup umat manusia keseluruhannya… bukan pada zaman Rasulullah saw sahaja malah sehingga hari kiamat…?

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 26, 2007

Menjaga hati dari kekuasaan nafsu

“Segala puji bagi Allah, kita memohon pertolongan, penunjuk dan keampunan Nya. Kita berlindung kepada Nya dari kejahatan kejahatan nafsu kita dan keburukan keburukan perbuatan kita”

Maksud hadis yang diriwayat oleh Tarmizi, Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad

Pengajaran dari hadis

1. Kita berlindung dari sifat nafsu dan perbuatannya
2. Kita berlindung dari siksaan dan sebabnya

Perbuatan buruk termasuk dalam kejahatan kejahatan nafsu. Apakah maksud ‘aku berlindung kepada Mu’ dari kejahatan yang menimpa ku kerana balasan dari perbuatan ku atau perbuatan ku yang buruk?

Baca Lagi…

« Kiriman-Kiriman Berikutnya

kategori