Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Disember 3, 2007

Kemahuan yang kuat (iradatul qawiyah)

Allah SWT tidak akan beri kemenangan kecuali kepada hamba hambaNya yang benar dan sabar, iaitu hamba yang memiliki kemahuan kuat dan keazaman benar, yang dapat mengalah nafsunya kerana taat kepada Allah dan Allah membantunya mengatasi yang lain. Firman Allah:

muhammd-7.png

maksudnya “Jika sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukkan kamu” (Muhammad:7). Kisah kisah di dalam Al Quran menjelaskan hakikat ini, supaya orang orang beriman menyedari dan memahami tuntutan untuk kemenangan adalah tinggi nilai maharnya, tetapi dalam sempadan kemampuan manusia.


Di antara kisah kisah tersebut:

Nabi Adam a.s dan ujian kemahuan (iradah)

Allah SWT mencipta Adam dan isterinya Hawa, memerintah malaikat a.s sujud kepada Adam dan Hawa, membenarkan Adam dan Hawa tinggal dalam syurga, mereka boleh menikmati apa saja yang terdapat di syurga kecuali pohon khlud. Adam dan Hawa tidak mampu mengatasi ujian ini dan mereka tertewas dengan pujukan syaitan yang mengatakan:

taahaa-120.png

“mahukah aku tunjukkan kepada mu pohon yang menyebabkan hidup selama lamanya dan kekuasaan yang tidak akan lenyap” (Taha:120)

dan sebelum itu Allah menjelaskan dalam firmanNya

 

taahaa-115.png

maksudnya “dan demi sesungguhnya kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa, dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh” (Taha:115)

Ujian inilah yang menyebabkan Adam dan Hawa di campak ke dunia dan terus diuji yang menuntut mereka bermujahadah dan melepasinya, barulah mungkin Allah mengurniakan kepada mereka kekuasaan. Allah berfirman:

 

taahaa-123.png

maksudnya“turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengah yang lain, kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara” (Taha:123)

Bani Israel dan ujian kemahuan (iradah)

Al Quran banyak menceritakan hal keadaan Bani Israel tentang sikap, tabiat dan sebab sebab mereka dihina dan sesat serta perutusan nabi ditamat dari keturunan mereka. Ini adalah hasil dari mereka memberontak dan menyeleweng dari jalan Allah kerana lemahnya kemahuan mereka untuk mentaati perintah Allah.

Kisah kemenangan golongan mukmin yang sedikit bilangan dan bersabar mengatasi golongan yang ramai kerana memilik kemahuan kuat. Diawalnya mereka ramai dan semua menunjukkan semangat hendak berperang pada jalan Allah, kemudian mereka berasa lemah kemahuan dan keazaman, banyak bercakap kurang beramal sekalipun nabi mereka telah memberi peringatan bahawa tidak harus bagi kamu apabila diwajibkan kamu berperang, kamu tidak akan berperang. Allah berfirman:

al-baqarah-246.png

maksudnya “tidakkah engkau ketahui wahai Muhammad tentang kisah bani Israel sesudah wafatnya nabi Musa as iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka; lantikkanlah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang bersama sama dengannya pada jalan Allah, nabi mereka menjawab; tidakkah harus jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang” Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah:246)

Semangat, kemahuan berperang dan teguh pegangan untuk memenuhi tuntutan kemenangan serta mengatasi halangan dan cabaran berperang, bermakna mempunyai kemahuan dan keazaman yang kuat

Keadaan yang merangsang untuk Bani Israel berperang ketika itu jelas dipemikiran mereka dan kuat ini dapat perhati dalam firman Allah yang bermaksud “mereka berkata; mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami diusir dari kampung halaman kami dan dari anak anak kami” (al Baqarah:246). Sekali pun pendorong untuk mereka berperang kuat tetapi ramai dikalangan mereka gagal dalam ujian itu, kerana sebahagian besar dari mereka tidak dapat menerima pilihan Allah untuk menjadi raja mereka.Firman Allah:

 

al-baqarah-247.png

yang bermaksud “mereka menjawab; bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi kekayaan harta” (al-Baqarah:267)

Sebahagian besar dari mereka gagal kerana mereka hanya mempunyai kemahuan berkata sahaja.

Ujian kedua terhadap mereka ialah jangan minum air sungai, ini dapat kita perhatikan dalam firman Allah:

al-baqarah-249.png

yang bermaksud “Kemudian apabila Thalut keluar bersama tenteranya, ia berkata; sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya kecuali mencedok satu cedokkan tangan, sesudah diingatkan demikian mereka meminum juga dari sungai itu dengan sepuas puasnya kecuali sebahagian kecil dari mereka” (al Baqarah:249).

Walaupun diberi peringatan dengan tegas tetapi jiwa dan kemahuan mereka lemah, sebahagian besar mereka melanggar larangan tersebut dan dalam gagal melepasi ujian tersebut.

Ujian ketiga ialah kemahuan kuat dan kemahuan berperang pada jalan Allah menjadi lemah dan putus harapan ketika berhadapan musuh yang ramai disegi bilangan dan kekuatan persenjataan kerana mereka melihat sesuatu hanya secara zahir sahaja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: