Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Disember 26, 2007

Jenis Muhasabah

1. Muhasabah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
2. Muhasabah selepas melakukan sesuatu pekerjaan

a. Muhasabah sebelum melakukan pekerjaan, langkah pertama adalah ia berhenti di awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginan itu sehingga jelas dan clear meneruskan adalah lebih baik dari meninggalkannya.

Al Hasan berkata:

“Semoga Allah merahmati hamba hambanya yang berhenti di saat keinginan. Sekiranya kerana Allah ia laksanakan, jika selain dari Allah ia tinggalkan”

Empat step yang perlu diambil semasa melakukan muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan;

  1. Jika kita bergerak untuk melakukan sesuatu perbuatan dan berkeinginan melaksanakannya, hendaklah kita berhenti dan merenung serta memikirkan apakah perbuatan tersebut kita sanggup lakukan atau tidak?
  2. Jika tidak sanggup terus kita memberhentikannya. Sekiranya kita sanggup melakukannya hendaklah kita fikirkan adakah melakukan lebih baik daripada meninggalkan atau meninggalkan lebih daripada melakukan
  3. Jika jawapannya yang pertama, kita hendaklah memikirkan apa yang mendorong perbutan itu, adakah keinginan mendapat keredhaan Allah dan pahalaNya atau keinginan mendapat pangkat, pujian dan harta dari makhluk. Jika jawapannya yang kedua kita hendaklah membatalkan perbuatan itu supaya tidakterbiasa melakukan sesuatu selain dari Allah dan merasa berat untuk melakukan sesuatu kerana Allah
  4. Jika jawapannya yang pertama, kita hendaklah fakir kembali, apakah perbuatan kita akan di Bantu dan ada orang yang bersedia membantu, sekiranya perbuatan tersebut memang memerlukan pertolongan. Jika tidak ada yang menolong kita dalam perbuatan tersebut, kita hendaklah berhenti sebagaimana Rasulullah saw menunda jihada di Mekah sehingga beliau mendapat penolong.Jika ada penolong teruskan perbuatan tersebut

Inilah step step muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan yang perlu kita praktikkan supaya kita tidak menyesal kemudian dan tidak rugi.

b. Muhasabah selepas melakukan pekerjaan: 3 step yang perlu diambil perhatian;

i. Muhasabah ke atas ketaatan diri kita disegi kekurangan dalam menyempurnakan hak hak Allah. Hak hak Allah dalam ketaatan ada 6 perkara;

  • Ikhlas dalam melakukan perbuatan.
  • Nasihat kerana Allah dalam perbuatan tersebut
  • Mengikuti Rasulullah saw.
  • Persaksian ada kebaikan pada perbuatan tersebut
  • Persaksian kurniaan Allah dalam perbuatan itu.
  • Persaksian atas segala kekurangan diri kita dalam perbuatan tersebut

Oleh itu kita hendaklah sentiasa menyoal diri kita apakah kita telah memenuhi semua hak hak tersebut? Dan melakukan dengan penuh ketaatan.

ii. Kita hendaklah sentiasa menghisab diri dari melakukan sesuatu perbuatan yang lebih baik tinggalkan daripada melakukannya.

iii. Kita hendaklah sentiasa memuhasabah diri kita ke atas hal hal yang mubah (harus) atau yang biasa kita lakukan hari hari. Kenapa kita lakukannya? Apakah kita melakukannya kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: