Posted by: petugasisma | Jun 2, 2008

Keperibadian Eksekutif (Tanfiziah) bah. 2

  1. Harapan ‘ubudiyah yang diasaskan takut dan cinta

Sesungguhnya semua urusan kita berlegar pada paksi ‘ubudiyah yang tulus kepada Allah Tuhan semesta alam, sebagaimana ketika Nabi SAW bertanya kepada Muaz, “Wahai Muaz bin Jabal!” Aku menjawab, “Labbaik wa Sa’daik, ya Rasulullah!” Beliau bertanya, “Apakah kamu tahu, apa hak Allah pada hamba hambanya?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Hak Allah pada hamba hamba Nya adalah agar mereka menyembah Nya dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Nya”.

Perhatikan harga dari ibadah ibadah ini ketika Nabi SAW menyempurnakan keterangannya dan bertanya, “Wahai Muaz bin Jabal!” Aku menjawab, “Labbaik wa Sa’daik ya Rasulullah!” Beliau bertanya, “Apakah kamu tahu apa hak para hamba pada Allah?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Hak para hamba pada Allah adalah Allah tidak menyiksa mereka” [Sahih Bukhari]

Begitulah sepatutnya tarbiyah seorang muslim dimulai, dengan rasa takut kepada azab dan menghadirkan rasa takut ini setiap kali membaca al Quran. Allah Taala menjadi hati yang gementar sebagai sifat keimanan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya orang orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat ayat Nya bertambahlah iman mereka kerana kepada Allahlah mereka bertawakkal” (al Anfal:2)

Sehingga sesudah itu kulit menjadi gementar, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al Quran yang serupa (mutu ayat ayat Nya) lagi berulang ulang, gementar kerananya kulit orang orang yang takut kepada Tuhannya” (az Zumar:23)

Kemudian air mata pun bercucuran, Allah berfirman yang bermaksud:

Apabila dibacakan ayat ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis” (Maryam:58)

dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul(Muhammad) kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran al Quran yang telah mereka ketahui(dari kitab kitab mereka sendiri) (al Maidah:83)

Air mata bercucuran ketika salah seorang di antara mereka mencerca dirinya sendiri dan memotivasinya;

Celaka kau, wahai diri

Mengunjungi orang yang ikhlas

Taatlah, ikhlaslah

Dengarkan dan camkan nasihat

Petik pengajaran

Dari yang telah pergi

Takutlah qadha yang datang tiba tiba

Dan waspadalah agar tidak terpadaya

Ia sentiasa takut sampai rasa takut itu dihentikan oleh rasa harap, dan ia mengingat bahawa rahmat Allah itu lebih besar dari murka Nya, sehingga keadaan rohani menjadi seimbang sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud;

Sekiranya seorang kafir tahu semua rahmat yang ada di sisi Allah, tentulah ia tidak putus harapan kepada syurga, dan sekiranya seorang mukmin itu tahu semua azab yang yang ada di sisi Allah, tentulah ia tidak merasa aman dari neraka” [Sahih Bukhari]

Ia mula mengharapkan kebaikan untuk dirinya apabila melihat nikmat Allah yang diberikan kepadanya dalam Islam, dan bahawa kedudukkannya lebih baik daripada orang kafir dan lebih layak untuk tidak putus asa. Lantas ia menyedari kekurangan imannya, sehingga ia tetap tidak memastikan dirinya aman.

b. Merasai kemanisan iman

Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

Ada tiga sifat, barangsiapa memiliki sifat sifat ini, maka ia mendapat kemanisan iman; orang yang Allah dan Rasul Nya lebih dicintainya selain dari keduanya, orang yang mencintai seseorang hamba kerana Allah dan orang yang benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti ia tidak suka dicampakkan kedalam api” [Sahih Bukhari]

Cints kepada Allah merupakan sumber pertama kenikmatan ini, dan ia merupakan dasar iman yang berulangkali disebut dalam al Quran. Sepertimana Allah Taala berfirman yang bermaksud;

Adapun orang orang yang beriman sangat cinta kepada Allah” (al Baqarah:165)

Apabila cinta ini berasal dari hamba, maka Allah mengurniakan balasan cinta kepada mereka, seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

kerana sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang berbuat baik” (al Baqarah:195)

Kerana itu Allah Taala menggabungkan cinta dua arah ini, lalu Allah berfirman yang bermaksud:

Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya” (al Maidah:54)

Cinta kepada Nabi SAW adalah penyempurna cinta kepada Allah Taala, dan tidak beriman seseorang yang bersaksikan Muhammad SAW adalah pesuruh Allah dan tidak mencintai Rasulullah SAW, sepertimana Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Demi Allah yang jiwaku ada di dalam gengamanNya, sesiapa diantara kalian tidak beriman, sebelum aku lebih dicintainya dari bapannya, anaknya dan semua manusia”

[Sahih Bukhari]

Cinta kepada Nabi SAW akan berkembang jika kita sentiasa mempelajari keutamaan keutamaan Nabi SAW dan mencontohi akhlak beliau, juga akan bertambah dengan kitab kitab hadis dan sirah baginda SAW, itulah tarbiyah yang kita kehendaki.

c. Satu matlamat dan tujuan yang tinggi

Satu matlamat dan tujuan yang tinggi, kerana hanya ada satu pilihan, dan kadang kadang jiwa cenderung kepada pilihan pilihan yang rendah mengatasi matlamat dan tujuan yang tinggi. Namun penggabungan dua tujuan tersebut, merupakan sesuatu yang mustahil. Seorang penyair telah menutup jalan pertemuan keduanya ketika menjelaskan kepada kita dalam syainya:

Hawa nafsu dunia dan matlamat dan tujuan tertinggi,

Tidak ada titik pertemuan dalam jiwa

Itulah hakikat yang menyeru mereka untuk memurnikan perjalanan dan memurnikan keikhlasan dalam jiwa para daie. Begitu juga menyeru mereka supaya menyaring setiap keadaan… agar dedikasi ini terus berkembang dan membesar dalam diri mereka sehingga sampai ke tahap tabattul (mencurah segenap tenaga) untuk melaksanakan amal dakwah Islam yang dibekati ini

Seperti …mereka berasal dari awan yang mengandungi air dan angin bagi orang lain, serta mengandungi kesucian, ketinggian dan keindahan bagi diri mereka sendiri. Mereka memberi keyakinan kepada orang orang yang lemah bahawa apa yang tidak mungkin mampu dikerjakan, kerana manusia hanya melihat keikhlasan dalam watak peribadi mereka, sekalipun ia hidup serba kekurangan dan memiliki muru’ah (kehormatan) sekali pun amat berat”

Sesungguhnya hakikat jalan dakwah ini satu yang tidak mampu …disekutukan. Petanda daie yang ikhlas kerana Allah dan menolong agama Nya dengan jujur adalah kegembiraannya hanya kepada Allah Taala, sedangkan yang menjadi dominan dalam hatinya adalah manisnya rasa taat, kerana hati tidak terlepas dari manisnya rasa cinta; sama ada cinta kepada dunia atau cinta kepada akhirat. Kedudukkan keduanya di dalam hati ibarat seperti udara dan air dalam gelas. Jika air masuk, maka udara keluar, kerana keduanya tidak mungkin bertemu. Sesiapa yang bergembira kepada Allah, maka ia akan sibuk dengan Nya dan tidak sibuk dengan yang lain dariNya. Seorang telah bertanya ulama’: “Ke mana zuhud membawa mereka?” Lalu dia menjawab: “Kepada gembira dengan Allah. Adapun suka kepada dunia dan Allah, kerana keduanya tidak boleh berganding”


Responses

  1. Askm akhi…salam ziarah. Moga Allah perkukuhkan hati kita dgn rasa ‘ingin’ bekerja utk agamanya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: