Posted by: petugasisma | Mei 6, 2009

Fitnah sisa jahiliyah

Umar berkata;

‘In nama tanqadi u’ral islam urwatan urwatan, iza nasha’a fil Islam man lam yakrif al jahiliyah’

Ikatan Islam akan terlepas atau terungkai satu ikatan demi ikatan, apabila ada orang yang hidup dalam keislaman, namun ia tidak mengenali jahiliyah.

Kenyataan merupakan diantara prinsip imaniyah, parameter dan juga merupakan dasar dakwah yang asli. Kita mesti mengetahui jahiliyah!

Sayidina Umar al Khatab mentakrif hal ini jahiliyah sesuai dengan sebutan yang dalam al Quran dan hadis. Jahiliyah juga bermaksud kejahatan, syirik kecil atau syirik besar, pemerintahan thaghut dan maksiat-maksiat yang tidak membawa perlakunya jatuh dalam kekufuran.

Bukti jahiliyah juga berbagai-bagai bentuk maksiat, samada dosa kecil mahupun dosa besar, sepertimana sabda Rasulullah saw kepada Abu Dzar r.a ketika dia menghina Bilal bin Rabah sebagai anak dari wanita kulit hitam “In naka imra’un fii ka jahiliyah” maksudnya “Sesungguhnya kamu adalah seseorang masih membawa suatu perilaku jahiliyah”.

Imam Bukhari berkata ‘perbuatan maksiat’ adalah kejahiliyah, sekali pun ia tidak menyebabkan pelakunya kafir kecuali perbuatan syirik dengan alasan hadis Nabi saw; “Sesungguhnya kamu adalah seorang yang masih membawa sisa perilaku jahiliyah.”

Ibnu Hajar berkata “Hadis ini bermaksud bahawa semua maksiat berbentuk meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram sebahagian dari akhlak jahiliyah.”

Fitnah tu berbagai-bagai. Ada yang berkaitan aqidah, ada berkenaan dengan muamalat, ada yang berbentuk pergaulan dan ada yang berhubung dengan halal dan haram. Di antara fitnah tu ada yang berat dan ada yang ringan.

Antaranya fitnah yang melanda dalam kehidupan berjama’ah ialah perselisihan yang berteras nafsu, meninggalkan sumpah setia, tidak taat kerana memenangkan pandangan peribadi, dan sifat mengkhianati. Jika keadaan ini berleluasa dalam kehidupan berorganisasi, pasti ikatan dakwah ini akan hancur satu demi satu sehingga makna ukhuwwah lenyap dari kehidupan mereka dan akhirnya matlamat mereka berjanji setia untuk berdakwah kepada Allah dan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini pasti lebur begitu saja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: