Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Julai 8, 2009

Ringkasan Sirah Rasulullah S.A.W bahagian 2

Di Lantik menjadi Rasul sehingga hijrah

Penurunan wahyu

Baginda pergi ke gua Hira’ untuk beruzlah dan beribadat, setelah bekalan habis beliau pulang ke rumahnya mengambil bekalan, begitulah seterusnya sehingga 3 tahun baginda beruzlah di gua Hira’dan genap usia Baginda 40 tahun.Pada hari 21 Ramadhan tahun ketiga Baginda beruzlahbersamaan dengan10 Ogos tahun 610m dengan kehendak Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril as kepada Baginda dan dilantik menjadi Rasul terakhir.

Aisyah r. anha meriwayat peristiwa penurunan wahyu; permulaan wahyu ialah mimpi yang benar dalam tidurnya, apa yang dilihat oleh Bagida semasa tidurnya ialah seperti mega pagi, kemudian Baginda diperkenankan untuk berikhtila’. Baginda pun berkhalwah di gua Hira’. Baginda bertahannuth dan beribadat di sana di malam-malam hari untuk beberapa ketika, kemudian pulang semula ke pangkuan keluarga untuk mendapat bekalan dari Khadijah hingga tibanya masa turun Jibril di gua Hira’.Jibril menemui Baginda lalu memerintah Baginda membaca dengan katanya; bacalah, jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; bacalah jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; bacalah , jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq;1-5)

Khadijah r.anha menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Baginda saw. “Wahai anak saudaraku, cubalah kau dengar perihal dari saudaramu ini,” jawab Waraqah; “Apakah gerangan wahai saudaraku?” Rasulullah pun menceritakan segala yang terjadi, lantas Waraqah berkata; “itulah Malaikat yang telah mendatangi Musa a.s kalaulah aku masih muda, dan kalaulah aku masih hidup ke saat kau dihalau keluar oleh kaum kau,” sampuk Rasulullah; “Apakah aku akan dihalau keluar oleh mereka?” Jawab Waraqah; “ya memang tidak pernah datang seorang manusia seperti kau ini dengan bawaannya, malah kesemuanya ditentang, kalau aku masih hidup ketika hari kau diusir oleh mereka pasti aku akan bantu kau sepenuhnya.” Tidak berapa lama selepas itu Waraqah pun meninggal dunia dan wahyu pun tertangguh.

Permulaan dakwah dan Genarasi Pertama

Rasulullah menerima arahan dari perintah Allah swt melalui surah al Muddatstsir ayat 1-7. Ayuh bangunlah segera, kini masa berehat dan tidur sudah tiada lagi bagimu, yang ada hanyalah berjaga malam yang berterusan dan perjuangan yang panjang lagi membebankan, ayuh bangun dan persiapkan dirimu untuk kesemua itu.

Secara biasa dan tabi’e Rasulullah saw memperkenalkan Islam buat pertama kali kepada mereka yang dekat dengan Baginda saw, keluarga dan kawan-kawannya. Mereka yang dikenali dengan kebaikaan dan mencintai kebenaran antaranya:

  • Khadijah binti Khuwailid r.anha isteri Baginda saw
  • Ali bin Abi Talib sepupu Baginda saw
  • Zaid bin Harishah
  • Abu Bakar as Siddiq

Sahabat-sahabat yang Islam melalui ajakan Abu Bakar seperti;

  • Othman bin Affan
  • Az Zubair bin al Awam
  • Abdul Rahman bin Auf
  • Saad bin Abi Waqqas
  • Talhah bin Ubaidullah

Diantara sahabat yang terawal memeluk Islam terdiri dari semua keturunan Qurais;

  • Bilal bin Rabah
  • Abu Ubaidah al Jarah
  • Abu Salamah bin Abdul al Asad al Makhzumi
  • Al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi
  • Othman bin Maz’un dan 2saudaranya Qudamah dan Abdullah
  • Ubaidah bin al Harith bin al Mutalib bin Abdul Manaf
  • Said bin Zaid al Adawi dan isterinya Fatimah binti al Khattab
  • Asma’ dan Aisyah binti Abu Bakar
  • Khabab bin al Arat
  • Abdullah bin Mas’ud
  • Umair bin Abi Waqas
  • Mas’ud bin al Qari atau Rabi’ah
  • Sulaid bin Amru dan saudaranya Hatib bin Amru
  • Ie’yas bin Rabi’ah dan isterinya Asma’ binti Salamah
  • Khunais bin Huzafah
  • A’mir bin Rabi’ah
  • Abdullah bin Jahs
  • Jaafar bin Abi Talib dan isterinya Asma’ binti Umais
  • Hatib bin al Haris dan isterinya Fatimah binti al Mujalal
  • Huthab bin al Haris dan isterinya Fukhaihah binti Yasar
  • Ma’mar bin al Haris
  • Sa’ib bin Othman bin Maz’un
  • Al Muttalib bin Azhar bin Abdul Auf dan isterinya Ramlah binti Abi Auf
  • Naim bin Abdullah dikenali Naham kerana (laqad sami’tu nahmahu fil jannah)
  • A’mir bin Fuhairah khadam Abu Bakar
  • Khalid bin Said bin al Ash dan isterinya Umainah binti Khalaf
  • Hatib bin Amru bin Abd Syam
  • Waqid bin Abdullah bin Abd Manaf
  • Khalid, A’mir, A’qil dan Iyyas dari bani al Bakir
  • Ammar bin Yasir
  • Suhaib bin Sinan

Ibnu Ishak telah menyebut; Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus menyebabkan keriuhan di Mekah dan diperkatakan orang.

Syeikh Muhammad al Ghazali menyebut; berita dakwah Rasulullah saw ini telah sampai ke pengetahuan Qurais tetapi mereka tidak berapa kisah sangat. Mungkin pada sangkaan Qurais Muhammad ini seorang yang kuat berugama dan suka bercakap pasal ketuhanan seperti amalan Umaiyah bin Abi al Aslt, Qais bin Saidah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau begitu pihak Qurais tetap mencurigai kesannya. Justeru itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwah ini.

Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah saw, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu.

Solat adalah perintah Allah yang terawal sekali.Muqatil bin Sulaiman menyebut; Allah swt telah menfardhukan solat di permulaan Islam dua rakaat di pagi hari dan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah yang bermaksud ‘dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmua di waktu malam dan di waktu pagi’. Surah al Mu’min;ayat55

Ibnu Hisyam menyebut bahawa Rasulullah saw dan para sahabat Baginda, mereka semua apabila tiba waktu solat, mereka keluar ke lorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaum mereka. Suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah saw dan Ali r.a sedang bersembahyang, lalu beliau menanyakan kepada mereka berdua, mengenai solat yang mereka lakukan itu, bila beliau memastikan jelas amal ibadat ini beliau menyuruh mereka beristiqamah dengannya.


Responses

  1. Simply want to say your article is as surprising. The clarity in your post is simply nice and
    i could assume you’re an expert on this subject. Well with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post. Thanks a million and please continue the rewarding work.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: