Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 16, 2009

Petikan Tafsir ZilalQuran

Mukadimah ‭ ‬Surah al Kahfi

Kisah-kisah merupakan unsur dominan di dalam surah ini.‭ ‬Bermula dengan kisah Ashabul ‭ ‬Kahfi,‭ ‬kisah dua buah ladang dan kisah Adam dan iblis.‭ ‬Dipertengahan surah pula dengan kisah Musa as dengan hamba yang soleh dan kisah‭ ‬Zul Karnain.‭ ‬2/3‭ ‬dari ayat-ayat surah ini membicarakan kisah-kisah tersebut,iaitu sebanyak ‭ ‬71‭ ‬ayat dari‭ ‬110‭ ‬ayat.‭ ‬Sebahagian besar ayat-ayat yang tinggal merupakan ulasan dan komentar terhadap kisah-kisah ‭ ‬itu.

Manakala baki ayat-ayat yang tertinggal menayangkan beberapa pemandangan Qiamat dan ‭ ‬pemandangan kehidupan yang menggambarkan gagasan atau konsep ‭ ‬mengikut cara ungkapan dan ilustrasi al Quran.

Tema-tema utama yang mengikat seluruh perbicaraan dan penerangan surah berlegar disekitar‭;

  1. Tashih Aqidah
  2. Tashih manhaj kajian dan berfikir
  3. Tashih nilai-nilai dengan neraca aqidah

Tashih Aqidah

Tashih aqidah dijelaskan ‭ ‬di awal dan di akhir surah‭;

  1. Penjelasan di awal surah ‭ ‬bermula dari ayat pertama hingga ayat kelima.
  2. Penjelasan di akhir surah ayat terakhir iaitu ayat‭ ‬110.

Begitulah permulaan dan pengakhiran surah ini saling mempromosikan iklan aqidah mentauhidkan Allah dan menolak sekutu selain dari Allah,‭ ‬mengisbatkan wahyu dan ‭ ‬tamyiz atau membezakan secara mutlak antara zat Ilahiyah (Ketuhanan‭) ‬dengan zat-zat makhluk‭ ‬.

Tema ini kerap kali disentuh dengan berbagai cara dan gaya dalam surah ini.‭ ‬

Diantaranya ialah‭;‬-

  1. Kisah Ashabul ‭ ‬Kahfi.‭ ‬Pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah berkata:‭“‬Tuhan kami ialah Tuhan yang memiliki langit dan bumi.Kami tidak akan menyembah‭ ‬tuhan selain dari Nya.‭ ‬Seandainya kami menyembah yang lain darinya bererti kami telah mengatakan penyelewengan yang amat jauh‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬14‭;‬al Kahfi.Kemudian Allah mengulaskan kata-kata mereka dengan firman Nya yang bermaksud:‭“‬Mereka tidak mempunyai sebarang penaung selain dari Allah dan Allah tidak pernah berkongsi dengan sesiapa pun dalam urusan pentadbiran Nya‭”‬. (ayat‭ ‬26‭;‬al Kahfi.)
  2. Kisah dua buah ladang, ketika berbual lelaki beriman berkata kepada temannya:

    “Apakah engkau tidak percaya lagi kepada Tuhan yang telah mencipta engkau dari tanah kemudian dari nutfah kemudian Dia menjadikan engkau seorang lelaki.Tetapi bagi aku Dialah Allah,‭ ‬Tuhanku dan aku tidak sekali-kali mempersekutukan Tuhanku dengan sesiapa pun‭”‬.Ayat‭ ‬37-38‭;‬al KahfiKemudian Allah mengulas dan membuat kesimpulan dengan firman Nya yang bermaksud:‭“‬Dan tiada satu kumpulan manusia pun yang dapat menolongnya selain dari Allah dan dia juga tidak dapat membela dirinya sendiri.‭ ‬Di sana‭ ‬pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak,‭ ‬Dia adalah sebaik-baik Pemberi ‭ ‬pahala dan pembalasan‭”‬.Ayat‭ ‬43-44‭;‬al Kafir
  3. Pemandangan hari Qiamat,‭ ‬Allah berfirman bermaksud:‭“Dan ingatlah pada hari Allah berfirman,‭ ‬panggillah sekelian sekutu-kutu Ku yang telah kamu dakwakan itu,‭ ‬lalu mereka pun memanggil,‭ ‬tetapi sekutu-kutu itu tidak menyahut panggilan mereka,‭ ‬dan Kami telah jadikan di antara mereka satu tempat kebinasaan yang dahsyat.‭” (ayat‭ ‬52‭;‬al Kahfi‭)Kemudian Allah mengulas tentang pemandangan Qiamat dengan firman Nya yang bermaksud‭:

    “‬Apakah orang-orang kafir itu menyangka bahawa mereka boleh mengambil hamba-hamba Ku sebagai pelindung-pelindung,‭ ‬selain dari Aku,‭ ‬sesungguhnya Kami telah pun menyediakan Neraka Jahanam sebagai tempat tinggal bagi orang-orang kafir‭”‬(ayat‭ ‬102‭;‬al Kahfi)

Tashih Manhaj Kajian dan Berfikir

Tashih manhaj kajian dan berfikir dapat dilihat ‭ ‬dengan jelas dalam kecaman Allah terhadap dakwaan-dakwaan kaum musyirikin yang memperkatakan sesuatu,‭ ‬apa yang mereka tidak ketahui.‭ ‬Mereka tidak mengemukakan sebarang hujah terhadap fikiran yang diperkatakan.‭ ‬Penalaan yang ditujukan kepada manusia supaya menghukum sesuatu mengikut apa ‭ ‬yang ‭ ‬diketahuinya sahaja dan tidak melebihi garis sempadan itu dan hendaklah ianya diserahkan kepada Allah.

  1. Pada permulaan surah Allah berfirman yang bermaksud‭ “‬Dan Dia memberi amaran kepada orang-orang‭ ‬yang berkata bahawa Allah mempunyai anak.‭ ‬Sebenarnya mereka dan datuk nenek mereka juga tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenainya‭ ”‬. (ayat‭ ‬4-5‭; ‬al Kahfi.)
  2. Ashabul Kahfi berkata‭ “‬Mereka adalah kaum kami yang telah menyembah tuhan-tuhan selain dari Allah,‭ ‬cubalah mereka buktikan sifat tuhan-tuhan yang lain itu dengan hujah ‭ ‬yang jelas‭”‬.‭ ‬(Ayat‭ ‬15‭;‬al Kahfi)Begitu juga Ashabul Kahfi ‭ ‬tertanya-tanya sesama mereka ‭ ‬berapa lama mereka tidur di dalam gua itu,‭ ‬dan mereka menyerahkan perkara kepada Allah.‭ “‬Ujar mereka Allah Tuhan kamu sahaja yang lebih mengetahui berapa lama kamu telah tidur‭” ‬.ayat‭ ‬19Di tengah kisah ini Allah mengecam mereka ‭ ‬yang ‭ ‬memperkatakan bilangan ‭ ‬ashabul ‭ ‬kahfi secara tekaan dan menduga dalam urusan ghaib.‭ “‬Mereka ‭ (‬satu puak Ahli Kitab‭) ‬akan berkata bahawa jumlah mereka (ashabul kahfi‭) ‬tiga orang dan yang keempat islah anjing mereka,‭ ‬Satu puak berkata jumlah mereka lima orang dan yang keenam ialah anjing mereka semua meneka-neka perkara ghaib,‭ ‬sepuak yang lain berkata jumlah mereka tujuh orang dan yang kelapan ialah mereka,‭ ‬Katakanlah Tuhan ku lebih mengetahui ‭ ‬tentang bilangan mereka yang sebenar dan tiada yang mengetahui ‭ ‬bilangan mereka melainkan ‭ ‬hanya segelintir sahaja.‭ ‬Oleh itu janganlah engkau berdebat dengan mereka mengenai ashabul kahfi itu kecuali perdebatan yang zahir sahaja dan janganlah engkau tanya seseorang pun dari mereka mengenai Ashabul Kahfi itu‭” ‬ayat‭ ‬22.Dalam kisah Musa as dengan hamba Allah yang soleh ketika dia menjelaskan kepada beliau rahsia tindakan-tindakannya yang dikritik oleh beliau katanya‭ “‬Sebagai rahmat‭ ‬dari Tuhan mu dan aku tidak lakukan semuanya ini mengikut fikiran ku‭”‬.ayat‭ ‬82.‭ ‬Hamba soleh itu menyerahkan tindakan-tindakannya kepada Allah.

Tashih Nilai-Nilai Dengan Neraca Aqidah

Ia disebut dalam surah ini diberbagai-bagai tempat secara yang berasingan.‭ ‬Nilai-nilai yang hakiki ‭ ‬dirujuk kepada keimanan dan amal soleh dan semua nilai-nilai duniawi yang lain‭ ‬yang mempesonakan perhatian manusia semuanya kecil dan kerdil belaka.

  1. Seluruh perhiasan dan keindahan di muka bumi adalah ciptaan Allah sebagai ujian dan cubaan,‭ ‬dan semuanya berakhir dengan kemusnahan belaka.‭ ‬Firman Allah yang bermaksud ‭ “‬Sesungguhnya Kami telah jadikan segala apa yng ada di bumi sebagai hiasan yang cantik dengan tujuan ‭ ‬untuk Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang lebih baik amalannya.‭ ‬Dan sesungguhnya di hari Qiamat Kami jadikan segala apa yang ada di atas bumi‭ ‬ini tanah yang keras dan tandus‭”‬.Ayat‭ ‬7-8.
  2. Naungan Allah itu amat luas dan lapang sekalipun seseorang itu berlindung di sebuah gua yang kasar dan sempit.‭ ‬Ashabul Kahfi yang menghuni gua berkata setelah mereka mengasingkan diri ‭ ‬kaum mereka‭ “ ‬dan oleh itu setelah mengasingkan diri dari kaum mereka dan apa yang mereka sembah selain dari Allah,‭ ‬maka carilah tempat berlindung di dalam gua niscaya Allah Tuhan kamu melimpahkan rahmat Nya ke atas kamu‭ ‬dan ‭ ‬menyediakan pertolongan terhadap urusan kamu‭”‬.ayat‭ ‬16.
  3. Khitab Allah yang mentaujih Rasulullah saw supaya bersabar ‭ ‬bersama orang-orang yang beriman,‭ ‬tanpa ‭ ‬mempedulikan keseronokkan dan kesenangan hidup dunia serta ‭ ‬pencinta-pencinta dunia yang lalai dari Allah.‭ ‬Firman ‭ ‬Nya yang bermaksud‭ “ ‬dan bersabarlah kamu bersama sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pagi dan petang dengan mengharapkan keridhaan Nya,‭ ‬dan janganlah kedua mata mu menjauhkan pandangannya dari mereka kerana mahukan kepada kesenangan hidup dunia,‭ ‬dan janganlah kamu tunduk kepada ‭ ‬kemahuan orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsunya yang melampaui batas.‭ ‬Katakanlah kebenaran‭ ‬itu dari Allah Tuhan kamu,‭ ‬sesiapa yang mahu keimanan dia boleh ‭ ‬beriman dan sesiapa yang mahu kekufuran dia boleh kufur‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬28-29.
  4. Kisah dua buah ladang menggambarkan bagaimana seorang yang beiman itu lebih berbangga dengan keimanannya dari harta kekayaan,‭ ‬pangkat kebesaran dan kesenangan hidup dunia.‭ ‬Bagaimana dia menghadapi rakannya yang angkuh dan sombong terhadap kebenaran dan mengecamnya kerana lupakan Allah.‭ “ ‬Kawannya yang beriman kepadanya ketika berbual dengannya,‭ ‬apakah kamu kafir kepada Tuhan yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari nutfah kemudian dia menjadikan seorang lelaki‭ ‬.‭ ‬Tetapi aku percaya Dialah Allah Tuhan ku dan aku tidak sekali-kali mempersekutukan Tuhan ku dengan sesiapa pun. ‭ ‬Sepatutnya kamu ‭ ‬berkata ‭ ‬Masya‭’ ‬Allah ‭ ‬Laa Quwwata illa bilLah ketika ‭ ‬kamu memasuki ladang tadi,‭ ‬jika kamu memandang aku mempunyai harta kekayaan dan anak pinak yang lebih sedikit dari mu.‭ ‬Maka aku harap semoga Tuhan ku mengurniakan satu nikmat yang lebih baik dari ladang mu dan menimpakannya dengan satu bencana dari langit hingga menyebabkan ladang-ladang itu menjadi tanah yang tandus dan licin. ‭ ‬Atau air sungai ladang itu menjadi kering ditelan bumi menyebabkan kamu tidak akan dapat mencarinya lagi‭” ‬ayat‭ ‬37-41.
  5. Al Quran membuat satu ‭ ‬perbandingan mengenai kehidupan dunia yang indah dan bagaimana ‭ ‬ia musnah dengan cepat setelah berkembang dengan gemilangnya. ‭ “ ‬Dan berilah satu perumpamaan tentang kehidupan dunia,‭ ‬ia laksana air yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah aneka tumbuhan bumi yang bersebati dengannya,‭ ‬kemudian ianya menjadi kering dan hancur ditiup angin dan Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬45Kemudian al Quran membuat kesimpulan dengan menjelaskan nilai-nilai yang musnah dan nilai-nilai yang kekal.‭ “‬Karta kekayaan dan anak pinak adalah hiasan kehidupan dunia,‭ ‬sedangkan amalan-amalan yang soleh yang kekal adalah lebih baik di sisi Allah,‭ ‬Tuhan mu dari segi balasan dan harapan‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬46
  6. Zul Karnain disebut bukan kerana dia seorang raja,‭ ‬tetapi beliau disebut kerana amal-amal solehnya.‭ ‬Ketika ‭ ‬satu kaum yang ditemui beliau tinggal di antara dua tembok itu menawarkan kepada beliau membina sebuah tembok yang melindungi mereka dari serangan Ya’juj dan Ma’juj dengan upahan‭ ‬harta yang banyak,‭ ‬beliau telah menolaknya kerana memiliki kekuatan yang dikurniakan oleh Allah lebih baik dari harta yang ditawarkan oleh mereka.‭ “‬Zul Karnain berkata,‭ ‬nikmat kekuatan yang ‭ ‬dikurniakan ‭ ‬Oleh Tuhan ku adalah lebih baik dari upahan mereka‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬95.Selepas selesai membina tembok tersebut,‭ ‬beliau mengembalikan kepada ‭ ‬Allah bukan kepada kekuatan beliau sebagai manusia.‭ “‬Zul Karnain berkata tembok ini adalah rahmat dari Tuhan ku dan apabila tiba janji Tuhan ku,‭ ‬Dia akan jadikannya hancur lebur dan sesungguhnya janji Tuhan ku itu adalan benar‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬98
  7. Pada penutup surah ini al Quran menjelaskan manusia yang paling rugi dan sia-sia amalanya ialah orang-prang yang kufur kepada ayat-ayat Allah dan kufur pertemuannya dengan ‭ ‬Allah. ‭ ‬Merekalah manusia yang tidak ada nilai langsung ‭ ‬di sisi neraca ‭ ‬Allah sekali pun menyangka mereka telah melakukan kerja-kerja yang baik.‭ “‬Katakanlah adakah kamu suka Kami memberitahu kamu tentang orang-orang yang paling rugi amalan-amalannya‭ ‬.‭ ‬Iaitu orang-orang yang sia-sia segala usaha mereka dalam kehidupan dunia,‭ ‬sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah melakukan amalan-amalan yang baik.‭ ‬Mereka itulah orang-oramg yanh kufur ayat-ayat Allah Tuhan mereka dan pertemuan mereka dengan Nya lalu sia-sialah amalan-amalan mereka,‭ ‬oleh itu Kami tidak akan memberi apa-apa penilaian terhadap mereka‭”‬.‭ ‬Ayat‭ ‬103-105.

Begitulah ‭ ‬tema-tema yang menjadi pokok perbicaraan surah ‭ ‬ini dijelaskan oleh Allah dengan jelas dan terang tanpa ada kesamaran dan keraguan.‭


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: