Posted by: petugasisma | April 29, 2010

Konsep Tadarruj dalam Ubudiyah

Imam Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursiyy ketika beliau berdialog dengan anda:

“Dalam diri anda terdapat kekurangan, kefakiran, kelemahan dan keberhajatan… agar melalui teropong kekurangan tersebut anda dapat melihat beranda kesempurnaan Tuhan… dan melalui sukatan kefakiran anda dapat melihat darjat-darjat kekayaan dan rahmatNya… dan melalui neraca kelemahan anda dapat melihat kekuasaan dan kebesaranNya… dan melalui kepelbagaian keberhajatan anda dapat melihat kepelbagaian nikmat dan ihsanNya.

Oleh itu, matlamat fitrah anda ialah ubudiyyah. Ubudiyyah ialah anda mengisytiharkan kekurangan anda di pintu rahmatNya dengan berkata astaghfirullah dan subhanallah… dan anda mengisytiharkan kefakiran anda dengan berkata hasbunallah dan alhamdulillah dan juga dengan memperbanyakkan permintaan… dan anda mengisytiharkan kelemahan anda dengan berkata la haula wa la quwwata illa billah dan Allahu Akbar dan dengan sentiasa meminta daripadaNya semata. Dengan itu, melalui martabat-martabat ubudiyyah tersebut, anda memperlihatkan keindahan rububiyyahNya.

Begitu juga sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Mawdudiyy r.h. ketika beliau berbicara tentang kebangkitan dan perutusan para rasul a.s. iaitu bagi merealisasikan matlamat ubudiyyah di atas muka bumi. Beliau berkata:

“Perhatikan sedikit bagaimana Rasulullah saw sentiasa menggunakan tadarruj dan bertindak mengikut susunan tertentu bagi mencapai matlamat tersebut. Pada mulanya dan sebelum melakukan perkara lain, baginda saw menyeru manusia kepada iman, memantapkannya di dalam hati mereka dan meneguhkannya di atas paksi dan dasar yang amat luas. Kemudian baginda saw menghidupkan di dalam jiwa orang-orang yang beriman keinginan untuk terus mempelajari iman dan mentarbiahkannya berdasarkan keperluan dan tuntutan iman tersebut secara beransur-ansur bermula dengan ketaatan amali (yakni Islam), kesucian akhlak (yakni taqwa) dan cintakan Allah serta memberikan wala’ kepadaNya semata (yakni ihsan).

“Kemudian baginda saw barulah mula menyusun usaha mereka yang telah beriman dan ikhlas itu di dalam satu susunan yang berjalan secara berterusan bagi memusnahkan sistem jahiliyyah yang telah punah semenjak sekian lama dan menggantikannya dengan satu sistem yang selayaknya, yang berdiri di atas dasar-dasar dan tapak-tapak yang berpaksikan kepada akhlak dan tamadun yang bersumberkan undang-undang Ilahi yang diturunkan Allah swt.”

“Selepas daripada itu, Rasulullah saw mula menunjuk ajar mereka tentang adab dan adat yang baik ketika berpakaian, makan, minum, bersosial, bangun, duduk dan lain-lain perkara yang merupakan adab zahir yang menambahkan seri kepada kehidupan orang-orang yang bertaqwa dan melakukan kebaikan. Seolah-olah Rasulullah saw pada mulanya membersihkan emas daripada sebarang kotoran dan kemudian mencetaknya dengan cetakan dinar. Baginda saw terlebih dahulu melatih para pejuang dan kemudian memakaikan mereka dengan pakaian perang. Inilah konsep tadarruj yang betul dan diredhai oleh Allah swt dalam hal ini sebagaimana jelas kelihatan bagi setiap orang yang memerhati dan mengkaji al-Quran dan al-hadith dengan teliti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: