Posted by: petugasisma | Disember 9, 2009

Kisah Habib An Najr

Allah berfirman  yang bermaksud “Dan datanglah dari hujung kota seorang laki-laki (Habib An Najr) dengan bergegas-gegas ia berkata: Wahai kaum ku !ikutlah Rasul-rasul itu. Ikutlah orang yang tidak meminta balasan kepada mu, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciotakan aku, dan hanya kepada Nyalah kamu akan dikembalikan. Mengapa aku menyembah tuhan-tuhan selain Nya, jika Allah Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, nescaya syafaat mereka  tidak memberi manfaat sedikit pun  pada diri ku, dan mereka tidak dapat menyelamatkan ku. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhny aku telah beriman dengan Tuhanmu, maka dengarkanlah pengakuan keimanan ku. Dikata kepadanya masuklah  ke syurga, ia berkata alangkah baiknya sekiranya kaum ku mengetahui. Apa yang menyebabkan Tuhan ku memberi ampun  kepada ku dan menjadi aku termasuk orang-orang yang dimuliakan” (Yaasiin;20-27)

Itulah kisah seorang lelaki yang mendengar dakwah dan menerimanya, setelah dia melihat bukti-bukti kebenaran dan seruan yang disampaikan kepada kaumnya. Ketika hatinya merasa hakikat keimanan, hakikat itu bergerak di dalam hatinya, sehingga dia tidak boleh berdiam diri di rumah tanpa mengambil apa-apa tindakan dan hanya melihat kesesatan,kebatilan,kekufuran dan kemaksiatan berleluasa disekelilingnya. Dia  terus berjalan keluar membawa kebenaran yang telah meresap dan membara dalam perasaan dan hatinya. Ia berjalan menuju kepada kaumnya untuk mengatakan kebenaran, sedangkan mereka mendusta dan menolak kebenaran, bahkan mengancam untuk membunuhnya.

Baca Lagi…

Advertisements
Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 19, 2009

Sambungan Tafsir Surah al-Kahfi (Ayat 1-8)

Keseluruhan surah ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama surah ini bermula dengan pujian kepada Allah S.W.T yang telah menurunkan kitab suci kepada hamba Nya, supaya meyampaikan berita gembira kepada orang-orang beriman dan memberi amaran yang keras kepada orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai anak. Diikuti dengan penjelasan segala perhiasan dan keindahan di dunia adalah ujian dan cubaan. Bahkan semuanya itu akan berakhir dengan kehancuran dan kemusnahan. Allah membawa kisah Ashabul Kahfi sebagai contoh golongan yang mengutamakan keimanan dari kehidupan dunia yang palsu, dan bagaimana mereka sanggup berlindung pada rahmat Allah dalam sebuah gua demi menyelamat dan mempertahankan keimanan mereka dari ancaman penguasa yang zalim.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 17, 2009

Kisah Hatib Abi Balta’ah

Ketika Rasulullah S.A.W bersama kaum Muslimin bersiap sedia menjelang “Fathu Mekah”. Hatib bin Abi Balta’ah telah mengutus surat kepada penduduk Mekah untuk memberitahu mereka tentang hal itu. Dia menyatakan kepada mereka “Sesungguhnya Muhammad ingin memerangi kamu, maka hati-hatilah kamu sekalian”. Surat itu dikirim melalui seorang wanita yang sedang dalam perjalanan ke Mekah bernama Zha’inah.

Lalu Allah S.W.T menurunkan wahyu kepada Rasulullah S.A.W menerangkan hal pembocoran rahsia tersebut. Rasululullah S.A.W segera memanggil Ali ra, Zubair dan Miqdad dengan sabdanya “Segera kamu sekalian berangkat ke sebuah tempat Raudhah Khak, kerana di sana ada Zha’inah (wanita musafir) yang membawa surat, maka ambillah darinya kemudian bawa surat itu ke mari”.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | November 16, 2009

Petikan Tafsir ZilalQuran

Mukadimah ‭ ‬Surah al Kahfi

Kisah-kisah merupakan unsur dominan di dalam surah ini.‭ ‬Bermula dengan kisah Ashabul ‭ ‬Kahfi,‭ ‬kisah dua buah ladang dan kisah Adam dan iblis.‭ ‬Dipertengahan surah pula dengan kisah Musa as dengan hamba yang soleh dan kisah‭ ‬Zul Karnain.‭ ‬2/3‭ ‬dari ayat-ayat surah ini membicarakan kisah-kisah tersebut,iaitu sebanyak ‭ ‬71‭ ‬ayat dari‭ ‬110‭ ‬ayat.‭ ‬Sebahagian besar ayat-ayat yang tinggal merupakan ulasan dan komentar terhadap kisah-kisah ‭ ‬itu.

Manakala baki ayat-ayat yang tertinggal menayangkan beberapa pemandangan Qiamat dan ‭ ‬pemandangan kehidupan yang menggambarkan gagasan atau konsep ‭ ‬mengikut cara ungkapan dan ilustrasi al Quran.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Ogos 20, 2009

Ringkasan Sirah Rasulullah s.a.w bahagian 4

Rehlah Isra’ dan Mi’raj

Dalam suasana kesedihan yang menimpa kematian Abu Talib dan Khadijah r.anha serta cabaran dan dugaan rehlah ke Taif. Allah SWT telah mengurniakan kegembiraan, ketenangan dan keyakinan kepada Rasulullah saw dengan membawa Isra’ iaitu perjalanan bersejarah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan Mi’raj bertemu Allah SWT di langit tertinggi dalam perjalanan semalam.

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | Julai 31, 2009

Ringkasan Sirah Nabi (bahagian 3)

Dakwah secara terang-terangan

Allah memerintah Rasulullah saw mengwar-warkan dakwah kepada kaumnya melalui firmanNya yang bermaksud; “dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”. (Surah asy Syu’ara’; ayat 214). Dan “maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang musyrik”. (Surah al Hijr;ayat 94)

Bukit Sofa; Imam al Bukhari meriwayatkan; setelah turun dari surah asy syu’ara’ ayat 214 yang bermaksud “dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat”. Rasulullah saw segera ke bukit Sofa dan menyeru dengan katanya; “wahai bani Fihr, bani Auf, keluarga keturunan Quraisy, hingga dengan maka berkumpullah mereka semua, kalau yang tidak dapat keluar, mereka hantar wakilnya untuk mengikuti apa yang akan berlaku?” Abu Lahab dan sekelian Quraisy pun datang ke situ. Rasulullah saw berkata; “Apa pandangan kamu sekelian jika aku katakan di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu percaya cakap ku itu?” Jawab mereka; “Ya! Kami percaya, sebab pengalaman kami bersama mu selama ini, engkau tidak sekalipun pernah berdusta terhadap kami”. Rasulullah saw pun meneruskan kata-katanya dengan berkata; “Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu sekelian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu!” Abu Lahab menjawab; “binasalah kau diseluruh hari ini, apakah kerana ini maka kamu mengumpul kami semua.” Dengan itu turun ayat Allah yang bermaksud; “binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab”. Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Julai 8, 2009

Ringkasan Sirah Rasulullah S.A.W bahagian 2

Di Lantik menjadi Rasul sehingga hijrah

Penurunan wahyu

Baginda pergi ke gua Hira’ untuk beruzlah dan beribadat, setelah bekalan habis beliau pulang ke rumahnya mengambil bekalan, begitulah seterusnya sehingga 3 tahun baginda beruzlah di gua Hira’dan genap usia Baginda 40 tahun.Pada hari 21 Ramadhan tahun ketiga Baginda beruzlahbersamaan dengan10 Ogos tahun 610m dengan kehendak Allah telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril as kepada Baginda dan dilantik menjadi Rasul terakhir.

Aisyah r. anha meriwayat peristiwa penurunan wahyu; permulaan wahyu ialah mimpi yang benar dalam tidurnya, apa yang dilihat oleh Bagida semasa tidurnya ialah seperti mega pagi, kemudian Baginda diperkenankan untuk berikhtila’. Baginda pun berkhalwah di gua Hira’. Baginda bertahannuth dan beribadat di sana di malam-malam hari untuk beberapa ketika, kemudian pulang semula ke pangkuan keluarga untuk mendapat bekalan dari Khadijah hingga tibanya masa turun Jibril di gua Hira’.Jibril menemui Baginda lalu memerintah Baginda membaca dengan katanya; bacalah, jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; bacalah jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; bacalah , jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al Alaq;1-5)

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Jun 23, 2009

Ringkasan Seerah Rasulullah S.A.W

1. Nasab keturunan Rasulullah saw

Muhammad bin Abdullah bin Abd al Muttalib (asy-Syaibah) bin Hashim (Amru) bin Abd Manaf (al Mughirah) bin Qusai (Kilab) bin Murrah bin Kaab bin Lui bin Ghalib bin Fihr (Qurais pada beliau dinasabkan qabilah ini) bin Malik bin Nadhar (Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Amir) bin Alias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan (anak kepada Nabi Ismail as)

Nasab ini disepakati semua ahli seerah.

2. Kelahiran Rasulullah saw

Baginda saw dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi’ul awal tahun gajah bersamaan dengan 20 atau 22 April tahun571 masihi. Disebut tahun gajah kerana Abrahah al Asyram menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaabah, tetapi Allah menghancurkan tentera Abrahah dengan mengutuskan burung ababil seperti yang termaktub dalam surah al Fil.

Rasulullah saw telah dilahirkan di Syi’ab Bani Hashim. Lahir dalam keadaan yatim, bapanya Abdullah meninggal semasa ibunya mengandung dua bulan. Datuknya Abdul Muttalib memeliharanya. Adat resam arab, mereka mencari penyusu dari kawasan pendalaman, Baginda s.a.w diserahkan kepada Bani Saad bin Bakar iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminya al Harith bin Abdul al Qira (Abu Kabhsyah)

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Mei 11, 2009

Memaling diri dari orang bodoh

Ya Allah! Ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui’ Amin! Amin! Amin! Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Ghafur! Ya Rab bal A’lamin!.

Antara akhlak mulia Rasulullah saw adalah beliau tidak pernah marah kerana urusan peribadinya. Akhlak ini mewajibkan seorang daie supaya tidak emosi, sekiranya ia mendengar sindiran, tohmahan dan celaan terhadap dirinya, kerana ‘tipu helah kejahatan tidak akan menimpa kecuali ke atas pelakunya sendiri’ rujuk surah Fathir ayat 43. Bahkan Allah memberi jaminan akan melindungi para hambaNya yang soleh. ‘dan dia melindungi orang-orang yang soleh’ rujuk surah al A’raf ayat 196.

Jadi berpaling dari orang-orang yang jahil termasuk diantara salah satu makna kesolehan. Justeru itu seorang daie perlu menyedari bahawa cara menghadapi seteru dalam hal seperti ini tidaklah sekeras menghadapi musuh dalam medan pertempuran. Begitu juga dalam menghadapi musuh di medan perang tidak semestinya dengan cara menyerang saja, kadangkala dengan cara bersembunyi dan diam.

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | Mei 6, 2009

Fitnah sisa jahiliyah

Umar berkata;

‘In nama tanqadi u’ral islam urwatan urwatan, iza nasha’a fil Islam man lam yakrif al jahiliyah’

Ikatan Islam akan terlepas atau terungkai satu ikatan demi ikatan, apabila ada orang yang hidup dalam keislaman, namun ia tidak mengenali jahiliyah.

Kenyataan merupakan diantara prinsip imaniyah, parameter dan juga merupakan dasar dakwah yang asli. Kita mesti mengetahui jahiliyah!

Sayidina Umar al Khatab mentakrif hal ini jahiliyah sesuai dengan sebutan yang dalam al Quran dan hadis. Jahiliyah juga bermaksud kejahatan, syirik kecil atau syirik besar, pemerintahan thaghut dan maksiat-maksiat yang tidak membawa perlakunya jatuh dalam kekufuran.

Baca Lagi…

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori