Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Jun 13, 2013

Syiah Bukan Isu Perpaduan… Tapi Aqidah

Kesatuan umat adalah tuntutan Islam. Malah ia diantara sebab utama kekuatan dan kegemilangan umat Islam.

Syarat utama untuk bersatu dengan syiah, mereka kena kembali kepada Al Quran dan Hadis.

Ini kerana aqidah mereka telah sesat. Ulama’ silam seperti Imam Ghazali mengataka syiah Imam 12 atau jafariyah di Malaysia adalah sesat.

Percubaan untuk ‘taqrib’ mencari titik penyekesaian antara syiah dengan sunni bukanlah satu usaha yang baru.

Contoh seorang tokoh ulama’ sunni di Soviet Union( Rusia sebelum 80an) iaitu Syeikh Musa Jarullah yang merasa kepentingan kesatuan umat Islam amat penting. Terutama beliau tinggal di negara umat Islam merupakan golongan minoriti tentulah kesatuan umat amat penting untuk menjaga survival mereka.

Beliau mengambil inisiatif untuk pergi ke Iran dan tinggal di sana selama 6 bulan. Beliau berjumpa dengan semua pihak syiah. Antaranya berjumpa Ayatollah- Ayatollah, pergi ke hauzah hauzah di Qom dan di Najaf dan berjumpa tokoh tokoh kepimpinan mereka 
Akhirnya beliau buat kesimpulan boleh taqrib antara syiah dengan sunni dengan syarat mereka berhenti dari;
1.Berhenti mengkafirkan para sahabat-sahabat r.a.
2 Berhenti mengatakan al Quran tidak sempurna.
3.Berhenti dari mengkafir ummu mukminin Aisyah.
4.Berhenti mengatakan Imamah hak Ali dan 11 orang dari keturunannya berdasarkan wasiat dan nas.

Sehingga ke hari ini puak syiah tidak menjawab permintaan tersebut.

Syeikh Mustafa As Sibaie juga mengambil inisiatif yang sama. Beliau juga pergi menziarahi Ayatollah di Qom dan Najaf.Mereka bersetuju tidak mengkafirkan para sahabat r.a. 

Selepas beliau balik beberapa bulan ke negara, ulama syiah telah menulis buku mengkafirkan Abu Hurairah r.a.

Terkini Syeikh Yusoff al Qardawi berkata tujuan taqrib yang dianjurkan oleh syiah, adalah untuk mensyiahkan orang-orang sunni. 

Bukan nak cari penyelesaian antara syiah dengan sunni.

Syiah sekali-kali tidak bertolak ansur dengan 4 permintaan Syeikh Musa Jarullah kerana itu merupakan teras aqidah mereka.

Syiah Imam 12 adalah ajaran yang diasaskan oleh Abdullah Saba”. Bertopengkan ahli bait iaitu ahli keluarga Rasulullah dari keturunan Ali r.a, secara khusus dari zuriat syaidina Husein saja. Tujuannya untuk merosakkan Islam dan umat Islam dari dalam.

Sedangkan Ali r.a dan keturunannya tidak ada kena mengena dengan ajaran syiah imam 12.

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Mei 18, 2011

Ringkasan Surah al Fatihah dari Kitab Madarijus Salikin

Fasal Pertama

Ringkasan Kitab Madarijus Salikin (Ibnu Qayyim)

  • Intipati kandungan Surah al Fatihah mencakupi tuntutan yang tinggi.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Ogos 30, 2010

Badar Kubra bahagian 2

Malaikat mara… syaitan  undur

Para malaikat turut mara berperang bersama-sama tentera muslimin bagi menentang tentera kafir Quraisyy. Nabi Muhammad SAW nampak kedatangan Malaikat lalu bersabda: “Haza Jibrilu aakhizun bi ra’si farasihi alaihi adatun harbi” (Ini dia Jibril AS sedang menunggang kudanya, bersama senjata perang) (Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW pun keluar daripada ‘aris’ (markaz) yang dibuat khusus untuknya sebagai panglima perang dan berkata: “golongan in pasti akan ditewaskan dan mereka akan undur ke belakang” (Al- Qamar: 45)

Manakala syaitan yang berada bersama-sama barisan tentera kafir Quraisyy terus lari, apabila melihat kedatangan Malaikat. Firman Allah SWT:

وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَّكُمْ ۖ فَلَمَّا تَرَاءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكُمْ إِنِّي أَرَىٰ مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan indah akan perbuatan mereka dan mengatakan tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah penolong kamu, maka setelah kedua-dua pasukan bertentang mata, syaitan terus lari ke belakang seraya berkata sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan di sisi Allah azab yang amat keras” (Al-Anfal: 48)

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Ogos 23, 2010

Badar Kubra bahagian 1

Rasulullah SAW merancang untuk  menyekat dan menyerang kafilah dagangan Quraisyy yang diketuai oleh Abu Sufian yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam. Rasulullah SAW berhasrat untuk merampas barang dagangan tersebut sebagai ganti harta-harta orang muhajirin yang telah dirampas oleh mereka. Rasulullah SAW juga bertujuan untuk mengurang jumlah yang mungkin terkorban dan dalam masa yang sama mendapat hasil  banyak. Akan tetapi, Allah SWT menghendaki sesuatu yang lebih baik bagi mereka, apabila mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Quraisyy yang diketuai oleh Abu Jahal dengan kekuatan lebih daripada 1000 orang.

Antara peperangan untuk mendapat hak-hak dan peperangan  menegakkan prinsip

Allah SWT berkehendak agar peperangan Badar menjadi peperangan untuk menegakkan prinsip bukan semata-mata peperangan untuk mengembalikan hak-hak. Pertempuran dengan bala tentera yang memiliki kekuatan menuntut pergorbanan yang tinggi daripada  tentera Muslim yang dipimpin oleh Baginda SAW. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfaal:

وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ

“Dan ingatlah ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golongan yang kamu hadapi adalah untukmu, sedangkan kamu menghendaki yang tidak mempunyai kekuatan senjata untukmu, tetapi Allah menghendaki  untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan menumpaskan orang-orang kafir sampai ke akar-akarnya “ (al-Anfaal: 7)

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | Jun 9, 2010

Risalah Khas Sempena Isra’ dan Mi’raj

Peristiwa Isra’ dan Mi’jra’ yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat. Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Solat adalah penghubung hamba dengan Tuhannya, penghapus dosa dan pendinding daripada maksiat, serta keselamatan daripada azab kubur dan azab neraka. Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:

“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat ” (Riwayat Imam Muslim)

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Mei 24, 2010

Intro Juzuk ke 29

Juzuk ini merupakan satu juzuk sebelum juzuk terakhir dalam tertib susunan al Quran. ia mengandungi wasiat kepada semua umat Islam tanpa pengecualian, samada lelaki atau perempuan, dewasa atau muda samada ustaz, doktor, jurutera, nelayan ,petani, buruh malah pengganggur, semua umat Islam wajib berdakwah kepada agama Allah dan memakmurkan dunia dengan manhaj Islam.Tugas dakwah dan memakmurkan dunia dengan manhaj Islam bukan tanggungjawab cediakawan Islam atau ulama’ sahaja bahkan menjadi tanggungjawab setiap peribadi muslim yang mukallaf.

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | Mei 4, 2010

Intro Tafsir Juzuk 28

Pendahuluan

Juzuk 28 merupakan himpunan surah-surah Madaniyah. Ia terdiri 9 buah surah, iaitu Al Mujadalah, Al Hasyr, Al Mumtahanah, As Saff, Al Juma’ah, Al Munafiqun, At Taghabun, At Tholaq dan At Tahrim. Perbicaraan tentang surah-surah ini, membawa kita menghayati peristiwa-peristiwa dalam masyarakat Madinah. Kita akan bersama dengan masyarakat dan kerajaan Islam yang pertama, sedang berkembang untuk membawa tasawwur hidup Islam  di alam realiti keseluruh alam.

Tugas adalah satu tanggungjawab yang dipikul oleh umat Islam. Ia menuntut persediaan yang sempurna. Pentarbiahan dan penyediaan jiwa memerlukan usaha dan kerja yang teliti, kesabaran yang panjang dan rawatan yang berterusan dalam sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya. Hampir kesemua juzuk ini membentangkan usaha yang hebat ini, selain dari teknik dan pendekatan al Quran dalam membina jiwa, menangani pelbagai peistiwa, adat kebiasaan dan kecenderungan.

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | April 29, 2010

Konsep Tadarruj dalam Ubudiyah

Imam Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursiyy ketika beliau berdialog dengan anda:

“Dalam diri anda terdapat kekurangan, kefakiran, kelemahan dan keberhajatan… agar melalui teropong kekurangan tersebut anda dapat melihat beranda kesempurnaan Tuhan… dan melalui sukatan kefakiran anda dapat melihat darjat-darjat kekayaan dan rahmatNya… dan melalui neraca kelemahan anda dapat melihat kekuasaan dan kebesaranNya… dan melalui kepelbagaian keberhajatan anda dapat melihat kepelbagaian nikmat dan ihsanNya.

Baca Lagi…

Posted by: ustaz Muhammad Ismail | Februari 4, 2010

Tafsir Surah al Kahfi ayat – 24

Secara mendadak dan mengejut mereka bangun dengan cergas.Justeru itu marilah kita lihat dan mendengar mereka bercakap:-

Firman Allah SWT

“dan demikianlah Kami telah membangkitkan mereka kembali supaya mereka bertanya-tanya sesama mereka.Ujar salah seorang dari mereka;berapa lama kamu telah tidur? Jawab mereka ;Kita telah tidur sehari atau setengah hari.Ujar mereka; Allah Tuhan kamu sahaja yang lebih mengetahui berapa lama kamu telah tidur.Hantarlah seorang dari kamu ke bandar membawa wang perak kamu ini dan hendaklah dia carikan apa sahaja makanan yang baik dan bawakan kepada kamu sedikit rezaki darinya, tetapi hendaklah dia berhati-hati dan janganlah sekali-kali dia melakukan sesuatu yang boleh menyedarkan sesiapa terhadap rahsia kamu” ayat19

“kerana jika mereka mengetahui rahsia kamu tentulah mereka akan merejamkan kamu sampai mati atau mereka memaksa kamu kembali kepada agama mereka.dan kamu tidak akan mendapat kejayaan untuk selama-lamanya” ayat 20

Baca Lagi…

Posted by: petugasisma | Januari 4, 2010

Sambungan Tafsir Surah al-Kahfi ayat 9-18

Mukaddimah

Cerita  Ashabul Kahfi  ditayangkan  sebagai contoh keimanan yang mantap dan kukuh di dalam jiwa orang-orang beriman.

Bagaimana  mereka begitu teguh dan yakin dengan keimanan sehingga mereka lebih mengutamakan keimanan dari semua perhiasan dan kesenangan hidup di dunia. Ketika mereka merasakan begitu sukar dan sulit untuk  melaksanakan tuntutan keimanan  dalam lingkungan kehidupan  masyarakat, mereka sanggup berlindung dalam sebuah gua yang sempit demi memelihara keimanan.

Bagaimana Allah SWT memelihara orang-orang yang beriman dan menyelamatkan mereka dari penindasan serta mengurniakan kepada mereka dengan limpahan rahmatNya.

Kisah Ashabul Kahfi  dicerita dan diriwayatkan dengan  berbagai-bagai pendapat. Ada cerita yang berbentuk dongeng dalam buku-buku lama.

Baca Lagi…

Older Posts »

Kategori